View: 8481|Reply: 71
|
Isteri Tak Sempat Nak Derma Hati Kepada Tia Jinbara "Arwah Kata Masih Belum Bersedia Untuk Pergi"
[Copy link]
|
|
Hanaya mahu lihat suami sembuh, harapan bekas wartawan BH, Suzan Ahmad, 48, tak kesampaian apabila suaminya, bekas vokalis Kumpulan Jinbara, Tia, 53, maut akibat kanser hati.
Baru sahaja menubuhkan tabung bantuan Tia Jinbara bagi mencari dana berjumlah RM250,000 bagi membolehkan pembedahan pemindahan hati dilakukan di Hospital Medanta, New Delhi, India - penyanyi lagu Farhana itu terlebih dahulu dijemput Ilahi, semalam.
Tia atau nama sebenarnya, Shamsul Bakhtiar Zakaria menghembuskan nafas terakhir di sisi Suzan ketika sedang menerima rawatan doktor di Hospital Shah Alam, jam 9.17 malam.
Foto: IG
Suzan berkata, dia reda atas pemergian arwah, biarpun tidak menjangka terlalu cepat arwah menutup mata.
"Saya tak sangka arwah pergi secepat ini. Namun, saya reda, mungkin inilah jalan terbaik buatnya daripada menanggung kesakitan.
"Takdir Allah tiada siapa dapat menduga. Pada siangnya, keadaan kesihatan arwah masih stabil, namun doktor mendapati arwah mengalami pendarahan dalaman.
"Ketika doktor sedang memberikan rawatan, ketika itulah arwah menghembuskan nafas terakhir. Saya memang berada di sisi arwah," katanya kepada BH Online dengan nada sebak.
Suzan berkata, dia juga sanggup berkorban mendermakan hatinya buat arwah suami demi kasih, sayang dan cinta tidak berbelah-bahagi.
Meskipun berdepan risiko tinggi, Suzan bersedia kehilangan nyawa, asalkan suaminya dapat terus bernyawa.
Katanya, berdasarkan beberapa kriteria menerusi pembacaan, dirinya layak mendermakan hati kerana memiliki darah sama iaitu A+ dan keadaan kesihatannya juga baik.
"Jika itu (derma hati) dapat bantu selamatkan nyawa Tia, saya sanggup lakukan apa sahaja demi pastikan suami kembali sihat.
"Saya tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa-apa. Saya tak nak hanya melihat suami 'pergi' tanpa berusaha.
"Jika ditakdirkan nyawa saya tidak panjang selepas pembedahan pemindahan hati, saya reda dan bersedia kerana anak-anak pun sudah besar," katanya.
Kata Suzan, biarpun kelihatan bersemangat untuk melawan penyakit, arwah menyatakan masih belum bersedia untuk 'pergi'.
"Arwah memang bersemangat nak sihat sebab nak tengok anak-anak terima skrol. Walaupun hanya bapa tiri, tapi arwah adalah bapa yang penyayang.
"Beliau menyayangi tiga anak saya menerusi perkahwinan terdahulu seperti darah daging sendiri.
"Anak-anak membesar dengannya sejak kecil sehinggalah dewasa. Arwah juga mengajar anak-anak mengaji.
"Arwah selalu cakap kepada anak-anak yang dia ajar mengaji supaya mereka dapat mengaji untuknya suatu hari nanti.
"Beliau sangat titik beratkan solat dan pendidikan, selain memang mendahulukan keluarga dalam segala hal," kata Suzan.
Ujar Suzan, dia juga belum bersedia kehilangan suaminya kerana arwah disifatkan sebagai suami yang sangat baik selama 14 tahun hidup bersama.
"Saya cakap kepadanya, 'sayang, banyak lagi benda kita nak buat bersama'. Siapa nak baiki kereta dan potong rumput jika awak tiada?
"Selama ini, arwah buat segala-galanya untuk saya dan anak-anak. Saya tak dapat bayangkan macam mana hidup tanpa arwah.
"Namun, Allah lebih menyayanginya," katanya.
Selain itu, Suzan sanggup ketepikan malu menubuhkan tabung bantuan Tia Jinbara bagi mencari dana RM250,000 bagi membolehkan pembedahan pemindahan hati dilakukan di India.
"Saya buang malu demi suami. Saya memang memerlukan bantuan segera bagi menjalani pembedahan pemindahan hati secepat mungkin.
"Sebelum buat keputusan ini, saya terlebih dahulu berbincang dengan doktor penyelaras iaitu Dr Mohd Zaqrul Razmal. Dr Mohd Zaqrul beritahu hospital di Malaysia tiada kemudahan untuk pembedahan pemindahan hati dan dan mencadangkannya dilakukan di India.
"Hospital yang dicadangkan ini pakar dalam melakukan pembedahan pemindahan hati dan ada banyak sejarah kejayaan. Jadi, Dr Mohd Zaqrul cadangkan agar kutipan dana dilakukan segera," katanya.
Tambah Suzan, tabung bantuan Tia Jinbara sudah dibuka sejak kelmarin.
"Saya terima kira-kira RM3,000 sejak tabung dibuka. Terima kasih kepada pemberi sumbangan, namun apakan daya, hasrat tak kesampaian," katanya.
Bagi Suzan, suami adalah pinjaman Allah untuknya. Sebagai isteri, dia akan cuba jaga insan yang Allah pinjamkan ini dengan sebaiknya.
"Jika sudah masa Allah mengambilnya semula, biarlah dipulangkan dalam keadaan sempurna," katanya.
Terdahulu, arwah dimasukkan ke Hospital Shah Alam, Rabu lalu selepas mengadu sakit perut. Selepas menjalani pemeriksaan termasuk ujian imbasan sinar-X, kolonoskopi dan terakhir, CT Scan, doktor mengesahkan Tia menghidap kanser hati.
Jenazah Allahyarham dibawa ke rumahnya di Jalan Penghulu Abu Bakar, Klang selepas selesai prosedur hospital, tengah malam semalam.
Kemudiannya, jenazah arwah akan dibawa ke Masjid Kota Raja, Klang untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kota Raja sebelum Zohor, hari ini. -CARI
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Oh baru tau rupanya anak tiri, ingatkan anak kandung dia. Maknanya takda anak kandung la. Tapi cara dia cerita masa gv dulu mati2 ingat anak sendiri. Baik sungguh bela anak. Takziah |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah.....al fatihah |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah..baiknya arwah... al fatihah. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Takde symptoms awal ke cancer heols...brp hari lps diagnose, terus meninggal..
I rasa heols sejenis sakit tapi buat x
kesah...ingat sakit biasa je |
|
|
|
|
|
|
|
Kanser hati mmg cept cuols. Abg ipar iols doc suruh admit utk buang hati yg ktanya da rosak itu smpai spital ampang doc refer balik semula ke spital lama sb katanya da terlambat..
Smpai hosp sini doc terus refer kt paliatif wad. Tak smpai masuk wad tu mlm tu dah selamat
Terkejut betol sb cm pantas sgt. Cm tak sempat nk buat apa2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baca kata2 Suzan tu, sayang betul dgn suaminya. Cinta mati. Salam takziah. |
|
|
|
|
|
|
|
Diamondmoney replied at 9-11-2023 08:57 AM
Kanser hati mmg cept cuols. Abg ipar iols doc suruh admit utk buang hati yg ktanya da rosak itu smpa ...
Oo..mmg cepat ye..sblm tu ada symptoms tak |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 9-11-2023 08:38 AM
Oh baru tau rupanya anak tiri, ingatkan anak kandung dia. Maknanya takda anak kandung la. Tapi cara ...
Baiknya..mmg jaga dgn ikhlaslah ni..zaman skrg ni kalau ada anak2 kecik agak seram nk kawin baru |
|
|
|
|
|
|
|
nw111 replied at 9-11-2023 09:58 AM
Oo..mmg cepat ye..sblm tu ada symptoms tak
Simptom mata kuning. Muka pun nmpak kuning. Bdn makin kurus. Dan dia kt kt perut dia ada biji cm bola tenis. |
|
|
|
|
|
|
|
Akaun diamond tu akaun iols jgk yach. Sb tu iols reply pertnyaan cuols . |
|
|
|
|
|
|
|
Macam ex-boss iols, liver cancer juga, masa 1st diagnosed stage 3, sebulan 2 lepas tu terus jadi stage 4 & meninggal.
Tapi daripada pemerhatian kawan², relatives yg diagnosed with cancer ni, antara symptoms nya, kerap demam waktu malam.
Taktaulah kebetulan ke macam mana. Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
missHaidiD replied at 9-11-2023 10:25 AM
Simptom mata kuning. Muka pun nmpak kuning. Bdn makin kurus. Dan dia kt kt perut dia ada biji cm ...
Mata kuning tu mmg simtom sakit yg related dgn liver kan...heols tak pegi cek ke masa naik biji n mata kuning tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
missHaidiD replied at 9-11-2023 10:26 AM
Akaun diamond tu akaun iols jgk yach. Sb tu iols reply pertnyaan cuols .
Oo..hehe..x perasan lain acc yg reply...rajinnya chuols register byk acc |
|
|
|
|
|
|
|
mendiang boss meols pun mcm tu juga.
mid of sept dia kata cirit birit sakit perut.
lepas tu dia pergi hospital.
Diagnosed cancer pankreas stage 3
Doctor kata jangka hayat dlm 2 bln.
dah mula jarang masuk ofis sbb berubat.
siap try ubat traditional..makan mcm2...
last2..mid march next year dia meninggal.
nasib baik anak2 semua dah besar. yg bongsu baru habis SPM
tp my MIL punya adik diagnose cancer limfoma stage 4.
Dia follow doktor punya advise, buat semua treatment/terapi.
mcm2 hospital dia kena pergi utk buat treatment sbb ikut pakar.
Bukan sedikit duit dia spend utk treatment.
Nasib baik ada anak keje gomen.
So some of the treatment tu dia tak bayar cash la.
Suami plak dh pencen.
Alhamdullilah...sekarang dia cancer survival.
Cuma iols rasa, klu cancer ni still on earlier stage, mmg ramai yg boleh selamat kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
nw111 replied at 9-11-2023 11:15 AM
Oo..hehe..x perasan lain acc yg reply...rajinnya chuols register byk acc
Mulanya ank nk masuk u fom dia rosak. Bg la fon ni kt dia . Iols register pakai fon husbnd. Sb tak ingt pw. Lepas fon dia da ok dia pulang balik . Tu la ada 2 akaun smpai skrg. |
|
|
|
|
|
|
|
nw111 replied at 9-11-2023 11:12 AM
Mata kuning tu mmg simtom sakit yg related dgn liver kan...heols tak pegi cek ke masa naik biji n ...
Masa dia ckp dlm perut ada bijik besar bola tenis tu baru jmpa doc. Jenis nk rahsia kalau sakit.
Mata kuning tu bila doc dah sahkan ada kanser . Bdn terus jadi tulang tak smpai smgu. Mmg cept.sgt prosesnya
Baru 2 thn makan duit pencen terus meninggal. Masa sblm pencen masa dia keja susah dia nk dpt sakit walaupun demam.
Ni dah masuk 3 thn dah meninggal. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by shida81 at 9-11-2023 11:41 AM
Hidup ni singkat kan.. Kt keje mcm nk rak sampai family terabai...
Plan nk tggu bersara baru nk tumpukan pd ibadah.. Tau2 je sakit n meninggal.. Just like that...
Mode Insaf on |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia takde kelengkapan lagi ye buat surgery pemindahan hati?
singapore yg katanya medical industry terhebat dalam asia tenggara pun takde source... kene pegi india....
semoga wife and keluarganya bertabah...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|