CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1221|Reply: 0

[Perak] Banjir jejas mata pencarian penduduk Changkat Jong

[Copy link]
Post time 8-11-2023 11:49 AM | Show all posts |Read mode

S RAVIKUMAR menunjukkan pejabat dan gudang perusahaan alat ganti jentera pertanian di Batu 7½ Changkat Jong ditenggelami banjir mengakibatkan pendapatan 80 pekerjanya terjejas teruk. FOTO Muhamad Lokman Khairi

Teluk Intan: Banjir di Changkat Jong di sini sejak Oktober lalu bukan sahaja menyebabkan kerosakan harta benda, malah hampir keseluruhan penduduk terjejas mata pencarian.

Pengurus syarikat, S Ravikumar, 47, berkata ini adalah minggu kedua perniagaannya terkesan akibat limpahan Sungai Bidor yang menenggelamkan gudang alat ganti jentera pertanian di Batu 7½ Changkat Jong itu.

Menurutnya, kediaman 80 pekerjanya turut rosak dan memerlukan kos tinggi untuk dibaik pulih.

"Pada 29 Oktober lalu, banjir mencecah hampir satu meter dalam kawasan gudang menyebabkan lori tak boleh keluar masuk, bahkan peralatan jentera juga ditenggelami air.


"Ahad lepas banjir sudah surut, namun keesokannya kawasan ini dilanda banjir lagi," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ravikumar berkata, semua tempahan pelanggan terpaksa ditunda sehingga paras air sungai benar-benar surut.

"Seminggu pun tak tentu lagi. Kalau tak hujan, seminggu boleh kering, tapi kalau hujan tak menentu seperti kebelakangan ini kemungkinan besar ambil masa lebih lama.

"Setahun sekurang-kurangnya tiga kali banjir berlaku. Setiap kali hujung tahun pasti berulang," katanya memaklumkan perniagaan syarikat itu sudah beroperasi 30 tahun.

Pekebun sawit, Azrin Haris Azman, 36, berkata biarpun rumahnya berdekatan Estet Sri Ganda terselamat, namun laluan masuk utama penduduk di Batu 7½ Changkat Jong sini yang dinaiki air setinggi 0.5 meter menyulitkan keadaan untuk mencari barang keperluan harian di pekan.

Bapa kepada lima anak itu berkata, ratusan penduduk yang menunggang motosikal perlu turun lalu menolak jentera itu dengan memastikan ekzos bertutup beg plastik dengan kemas bagi mengelakkan ia dimasuki air banjir seterusnya menghindari kerosakan.

"Itulah rutin setiap kali penduduk hendak keluar atau masuk ke sini. Kereta pula langsung tidak lepas meredah banjir kecuali trak pikap.

"Sudah 10 hari keadaan banjir di sini masih begini. Sungai Mati dan Sungai Bidor berhampiran masih lagi penuh hingga melimpah ke penempatan penduduk.

"Saya bersyukur masih lagi boleh turun bekerja di kebun, tapi ada ramai kawan pengusaha lain yang hilang mata pencarian akibat kebun mereka ditenggelami air hingga menghalang sebarang kerja mengutip sawit dilakukan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... duduk-changkat-jong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.718173 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list