CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4986|Reply: 86

Kaunselor Pesan Isteri Jaga Badan Lepas Beranak, Ramai Suami Kahwin Lain Sebab Tak Nak Pasangan Gemuk

[Copy link]
Post time 7-11-2023 07:02 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Setiap minggu, kira-kira 10 wanita hadir mendapatkan nasihat kaunselor mengadu tentang suami mereka memilih berkahwin lain selepas isteri berubah menjadi gemuk.


Kaunselor keluarga, Asyikin Borhan berkata, terdapat sesetengah golongan suami yang sukar menerima perubahan fizikal isteri mereka terutama selepas bersalin.


Katanya, ada lelaki lebih memilih untuk bersama dengan wanita kurus serta pandai bergaya.




Gambar Hiasan




“Sebelum kahwin memang isteri dia cantik, kurus, tetapi lepas kahwin, dah bersalin pasti berat badan makin naik, nampak lebih berisi sampai buat suami ‘hilang selera’.


“Pengalaman saya sendiri dalam seminggu ada 10 wanita akan hadir ke sesi kaunseling untuk meluah rasa sedih mereka apabila suami pilih kahwin lain gara-gara mereka sudah gemuk.


“Kesian, tapi itu hakikitnya pandangan seorang lelaki yang mahukan isteri seperti anak dara,” kongsinya di aplikasi X.


Menurut Asyikin, beliau sering mengingatkan para wanita di luar sana untuk sentiasa menjaga penampilan meskipun sudah menjadi ibu kepada lima orang anak.


“Wanita kena jaga penampilan, jaga badan. Tak kisah ada ada lima sekali pun, kesihatan badan jangan abai. Tak semua suami kita mampu terima kita seadaanya selepas berkahwin, selepas bersalin. Sebab mereka (suami) tertarik pada kita (isteri) sewaktu masih muda, anak dara, pasti berbeza dengan keadaan selepas bersalin.


“Nak suami sayang, tak cari lain jaga mereka baik-baik, ikut minat mereka selagi mana ia tidak memudaratkan diri kita sebagai isteri,” pesannya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2023 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Iya kannn.....

Puteri Sarah tu gemok gedempol....
Wife Alif Aziz tu gemok pendek mcm badak....

Sbb tu hb dorang cari lain
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
suami tak jaga kote takpe pulak..asyik salahkn pompuan jer..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa bini je kena
Patut sama2 jaga body, jaga kesihatan
Health is wealth
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Penat jd pompuan ni. Asyik disalahkan je...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 07:24 PM | Show all posts
Sebab mereka (suami) tertarik pada kita (isteri) sewaktu masih muda, anak dara, pasti berbeza dengan keadaan selepas bersalin.


So suami2 kepala botak, perut buncit, muka berminyak, bau petai dan BO kuat, pemalas, asik melekap kt kedai mamak tu, isteri2 boleh tuntut cerai jugak ke? Sbb warranty kata 30 tahun, ni baru 5 tahun dah bersepai nengoknyer..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2023 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tggu asyikin ni laki dia kawen lain lak
I wait.. i wait..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 08:21 PM | Show all posts
Tapi memang betul pun. Kawan iolls kaunselor. Dia kata bila dengar cerita camni dari client, memang dia pun jadi tak tenang. Risau jugak. Memang kena jaga. Sampai ke celah2 jangan bagi berkerak. Tapi tu la. Laki ni ingat senang ke dah beranak nak jaga badan bagai. Nak kurus balik tu kau ingat senang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2023 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 7-11-2023 07:24 PM
So suami2 kepala botak, perut buncit, muka berminyak, bau petai dan BO kuat, pemalas, asik melekap ...

Boleh le minta cerai kalau ko hati kering tahan maki berjemaah dari masyarakat. Hihihi ramai je bini minta cerai hal remeh temeh, tak picit ubat gigi secara proper, laki tak boleh keep up dgn lifestyle. Sorg member aku bini nya minta cerai sebab tak boleh terima hakikat lepas kahwin duit laki kena bayar loan yg laki nya sebab nak kahwin dgn dia. 8 bln je marriage tahan loan dah ambik 200k
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 11:14 PM | Show all posts
_blackbird replied at 7-11-2023 08:24 PM
Boleh le minta cerai kalau ko hati kering tahan maki berjemaah dari masyarakat. Hihihi ramai je bi ...

Maksudnya dia juga punca si laki ambik loan 200k sbb nak jaga standard ke cemana? Macam2 hal..tp gitulah kalau dan x sebulu cepat2 la berpisah sblm dpt anak..dah ada anak lagi tebal fail dan duitnya tuntut itu ini

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeke. Iols tgk ramai je bahagia dgn pasangan masing2 wlpn berbadan gempal atau besar.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 11:46 PM | Show all posts
iols rimas tengok orang yang lepas makan pastu tak kutip gelang getah biar gitu je bersepah atas meja atau lantai tiberrr...so faham lah kot kalau yang mintak cerai tu sebab hal remeh temeh macam tak picit ubat gigi secara proper tu contohnya...dia jadi macam rimas sebab kena hadap hari2.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul dah tu... ikhlasss dia nasihat
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kahwin kerana paras rupa yg cantik tak kekal lama. Kahwin atas dasar hati yg baik/cantik akan berkekalan. Paras rupa pasti berubah kerana usia tapi hati takkan pernah dimamah usia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan gak yg salah,gemuk lepas bersalin x leh nk kurus salah pompuan,kalo pilih untuk xnak ada kawin sebab nk jaga badan pon laki akan salahlan pompuan gak,lambat dapat anak/anak semua satu jantina pon salah pompuan gak,n yet bila ada pompuan yg pilih nk stay single xnk kawin,dia disalahkan jugak...adoi susah betul nk jadi pompuan ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 03:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang laki tu makin huduh serabai kepam busuk takpa pulak bini kena setia duk hadap.. kesian orang puan ni.. bunyik sikit terus kena hukum ahli neraka sebab tak taat suami.. puiiiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2023 05:09 AM From the mobile phone | Show all posts
So how kalo tok laki bertukar jadi kepam, gemuk dan busuk plak..?? Bini kena cari laki lain ke
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 05:25 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 7-11-2023 07:21 PM
Penat jd pompuan ni. Asyik disalahkan je...

Laki dia pun ramai boroi lps kawin..takde bini buat alasan camtu nk cari laki lain ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 8-11-2023 06:36 AM

tu lah aku pun rasa acik kaunselor ni acik pickme. tp la ek, org laki pun sbenarnya ramai yg insecure. bini or partner tu kena top supaye cover/boost dia punya konpiden. laki yg secure, dia support or teman or direct je suruh ko suh kuruskn bdn, pmpuan lak ade yg terlebih rileks tu yg biar je huhuhoho jd laki ke perempuan ke sama sama kena logik, badan ni turun naik nyah (so ko g cari partner lain sbb bnde yg tentu2 senang berubah adelah apooo,cmne ko konpiden yg pempuan/laki baru tak naik badan?, so aku pilih ni smua alasan auta sajo, mmg dia dh taknak ko). cuma kena paham kalau lagi lama biar lagi bnyk kerja (berat bdn), so pandai2 lah setel,sama je ape2 masalah yg ado didonia ini. bak kata ustaz ali hammuda yg hemsem (mcm laki aku? kohkoh), ada masalah kita boleh selesai, ada masalah yg takleh selesai kita kena urus. hagitu anggap lah cerai masalah selesai , skrg ko blaja lah urus diri huhuhu ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 7-11-2023 07:21 PM
Penat jd pompuan ni. Asyik disalahkan je...

Yang menyalahkan tu pompuan jugak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.220580 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list