CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1772|Reply: 0

Hati Wafariena Sudah Ditambat Ahli Perniagaan, Belum Sedia Dedah Identiti Kekasih

[Copy link]
Post time 7-11-2023 12:13 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Wafariena mengakui sedang dalam fasa mengenali hati budi seorang ahli perniagaan.


Bagaimanapun, kata aktres itu, masih terlalu awal untuk berkongsi butiran mengenai individu itu.






Dia hanya akan berkongsi wajah dan maklumat jejaka itu apabila mereka sepakat untuk membawa hubungan itu ke fasa seterusnya.


"Apabila dah nak kahwin baru saya akan kongsikan kepada umum.


"Buat masa ini, saya tak dapat nak kongsikan jejaka yang sedang saya kenali ini.


"Cuma kami sudah berkawan lebih setahun dan masing-masing serius dengan hubungan ini," katanya.


Ditanya adakah majlis pernikahan dengan jejaka itu bakal berlangsung dalam waktu terdekat, Wafariena menafikan perkara itu.


"Sasaran untuk berkahwin itu belum ada lagi. Saya serahkan soal jodoh dan takdir kepada Tuhan.


"Jujurnya saya agak kekok untuk berkongsi hal peribadi kepada umum, cukuplah setakat ini sahaja," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.046497 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list