CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3028|Reply: 1

[DUNIA] “Mati Dikurung Belakang Dinding!”

  [Copy link]
Post time 7-11-2023 12:02 PM | Show all posts |Read mode


Apa yang korang akan buat kalau ditanam hidup-hidup? Apa yang mampu korang lakukan untuk bebaskan diri kalau dikurung kat belakang batu bata yang disimen?

Untuk mayat-mayat kaku di Eropah, mereka tak mampu menjawabnya!

Kalau korang layan movie, mesti perasan obsesi barat dengan misteri mayat-mayat di dalam dinding. Sebenarnya, urban legend ini ada asasnya. Amalan bricked up atau Immurement adalah sejenis hukuman mati kepada pesalah di Eropah dengan cara mengurung pesalah di dalam dinding hidup-hidup.



Apa kesalahan mereka?
Hukuman ini boleh dikira kejam sebab membiarkan mangsa untuk mati perlahan-lahan.

Perempuan yang berzina dengan libido yang tinggi, paderi yang meliwat kanak-kanak, orang Kristian Greek di Beirut sehinggalah kepada Raja Inggeris yang kalah perang turut menjadi mangsa kurungan di dalam dinding.

Ada tak ritual tertentu?
Julian of Norwich, seorang biarawati siap meminta untuk dikurung di balik dinding bersama dengan seorang bayi. Ia menjadi simbol fitrah dan kesucian. Bayi itu merupakan wakaf dari ibu bapanya yang dihantar untuk berkhidmat kepada gereja.

Apa jadi pada peliwat?
Pada 1409, empat paderi Kristian yang bertugas di gereja Augsburg, Bavaria telah disahkan bersalah mencabul kanak-kanak. Perbuatan jijik sebegitu tidak hanya diharamkan dalam agama, malah dianggap jenayah yang berat oleh kerajaan. Gereja Augsburg mengurung keempat-empat pendosa itu di dalam keranda kayu. Mereka mati dalam keadaan mengerikan dan dikuburkan di bawah tempat gantung. Mungkin sekiranya hukuman seperti ini diterapkan sekarang, Eropah takkan lagi mendengar kes pencabulan paderi gereja.



Apa jadi pada perempuan yang bersyahwat tinggi?
Pada zaman Empayar Rom dahulu, vestal virgins iaitu paderi perempuan yang berkhidmat di kuil wajib menjalani rutin yang ketat untuk berkhidmat kepada berhala Vesta.

Ada kes apabila vestal virgins didapati berzina, maka perempuan muda itu ditelanjangkan, dibelasah dan dipakaikan dengan bekas kain mayat. Lalu, perempuan malang itu disingkirkan ke gua terpencil. Kalau kuil bersikap ekstrim, nasib dikurung di balik dinding akan menjadi kematian yang paling angker untuknya.


Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2023 03:25 PM | Show all posts
dasat hukuman ni. salu tgk dlm crime drama je mayat dijumpai di balik dinding
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.093141 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list