View: 3334|Reply: 1
|
Fila Adama Bantu Bina Telaga Dan Masjid Di Guinea, Sambung Kerja Amal Arwah Bapa
[Copy link]
|
|
Personaliti media sosial Fila Amir meluahkan rasa terharu dan gembira apabila dapat menyalurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan khususnya penduduk kampung suaminya yang terletak di Guinea.
Kata Fila atau nama sebenarnya Nur Afilah Amir Rusdi, 28, hasratnya itu diteruskan adalah bagi menyambung legasi kerja amal arwah bapa mertuanya yang dulu merupakan seorang aktivis di sana.
“Seronok bila kami lihat mereka gembira tambah-tambah bila kami siapkan telaga tu, macam di Malaysia mungkin biasa tapi mereka lain terujanya jadi ia buat kami terharu dan buatkan lebih bersyukur dengan kehidupan yang kita ada.
“Sebelum ini ayah Adama selalu beri bantuan dekat sana dan ramai orang kenal jadi bila ayah sudah meninggal maka kami menyambung legasi ini sebab ramai yang datang pada suami untuk tanyakan bantuan tersebut,” kata Fila kepada mStar.
Dalam pada itu Fila turut memberitahu sekiranya ada pihak yang sudi turut sama dalam kerja amal yang dilakukan itu boleh menghubunginya menerusi Instagram miliknya bagi proses selanjutnya.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Nice! Semoga Allah rahmati kehidupan mereka suami iateri. |
|
|
|
|
|
|
| |
|