Tambah pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, dia mengakui memuat naik foto memakai hoodie dan topi di media sosial.
Bagaimanapun, katanya, dakwaan pergi ke ‘clubbing’ itu merupakan satu tuduhan berat dan tidak benar.
"Memang saya ada kongsi di Instagram saya pakai hoodie dan topi. Tetapi nak katakan saya pergi clubbing, itu tuduhan berat. Saya tak ada pergi kelab malam.
"Saya suka muzik dan saya bekerja kuat. Bila sibuk bekerja dan sibuk 24 jam, kalau ada masa terluang, saya akan release tension. Saya suka menari dan menyanyi. Saya suka pergi karaoke dengan kawan kawan.
"Sekarang ini banyak restoran gelap dan pasang muzik. Tapi saya tahu, walaupun berhibur saya sentiasa ingat Allah.
"Tak ada saya lupa Allah. Saya tahu batasan. Tuduhan pergi clubbing itu wow! Zouk dah tutup. Kelab malam mana nak pergi?," katanya.
Dalam pada itu, pelakon drama Hero Seorang Cinderella menyatakan dia selesa menjadi diri sendiri di samping tahu menjaga batas sebagai umat Islam.
Fazura turut memohon agar mendoakan dirinya kekal dengan imej bertudung.
"Saya mahu jadi diri sendiri. Peminat pun tahu siapa diri saya. Saya tahu jaga batas.
"Saya tak kacau orang. Saya tak pernah jatuhkan orang lain demi menaikkan diri sendiri.
"Doakan saya jadi muslimah yang baik. Jangan nanti daripada bertutup litup, kemudian keesokkan hari buka pula," katanya lagi.
Sumber: Oh Bulan