CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6739|Reply: 1

"Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya'ud." Apa benda ni?

[Copy link]
Post time 3-11-2023 12:13 PM | Show all posts |Read mode



Inilah laungan yang biasa dilaungkan umat Islam Filastīn apabila bertempur dengan tentera Isráīl.

Kadang-kadang laungan ni membuatkan diorang jadi gila.

"Khaibar, Khaibar, wahai Yahudi, tentera Muhammad akan kembali." Laungan ni sangat popular dan dianggap rasis di Isráīl.

Dari mana asal usulnya?

Kita patah balik zaman Rasulullah sebelum berlakunya Pertempuran Khaibar.

Selepas berakhirnya Perang Khandak yang menyaksikan gencatan senjata dengan Quraisy Mekah, Rasulullah teruskan kempen peperangan baginda ke arah kubu terkuat Yahudi di Khaibar.

Semua ni berpunca dari Yahudi Bani Qainuqa dan Bani Nadhir yang suka menyakiti umat Islam di Madinah. Pernah jugak sampai diorang rancang nak bunuh Nabi (saw).

Oleh sebab tu, kedua-dua kabilah ni dihalau keluar dari Madinah. Sebahagiannya menetap di Khaibar.

Rasulullah (saw) berangkat bersama 1600 tentera yang berjalan kaki dan 200 kavalri melawan Yahudi yang berkubu di Khaibar seramai 20,000 tentera.

Sikap pihak Yahudi yang memandang rendah kekuatan tentera Islam nyata melemahkan lagi kedudukan pengawal pertahanan Khaibar.

Kekuatan 20,000 orang tu boleh je diorang pilih perang secara terbuka. Tetapi kerana terlalu yakin dengan keutuhan kubu pertahanan diorang, diorang pilih untuk berkubu.

Sikap terlalu yakin Yahudi Khaibar ni dimanfaatkan sepenuhnya oleh tentera Islam dengan satu persatu kubu diorang jatuh ke tangan tentera Madinah.



Akibat bertahan selama sebulan di dalam kubu, moral tentera Khaibar jatuh dan bekalan makanan serta minuman diorang habis.

Tentera Islam pun hadap benda yang sama. Rasulullah (saw) izinkan untuk sembelih binatang tunggangan. Tentera Islam berusaha bersikap jujur dan amanah dalam pertempuran termasuk tak ambil haiwan ternakan pihak musuh tanpa izin.

Selepas beberapa kubu lain jatuh ke tangan tentera Islam, satu-satunya kubu yang masih gagal ditawan ialah kubu al-Qamus.

Kepungan ke atas kubu ni makan masa selama 13 hingga 19 hari. Pada awalnya, Nabi (saw) hantar Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan Umar bin al-Khattab (ra) untuk pecahkan kubu berkenaan tapi tak berjaya.

Beberapa hari kemudian, baginda nak Ali bin Abi Talib (ra) pegang panji Islam tapi Ali hidap sakit mata yang teruk.

Baginda jumpa Ali dan meludah pada mata Ali. Hasil mukjizat Rasulullah, mata Ali terus sembuh. Lalu Rasulullah serahkan panji Islam kepadanya.

Kemudian Ali maju berperang sehingga berjaya menaklukinya. Siap diangkat pintu Khaibar sorang-sorang. Pintu ni langsung tak mampu diangkat 40 orang tentera biasa.

Peristiwa Pertempuran Khaibar ni lah yang diinspirasikan untuk dijadikan laungan "Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya'ud."

Peristiwa inilah yang ditakuti orang Yahudi untuk berulang semula. Penguasaan dan kewujudan diorang terancam dan diorang akan tumbang.

Kedatangan tentera Nabi Muhammad iaitu tentera Islam juga ditunggu-tunggu di Palestin untuk membebaskan mereka.

Majoriti rakyat Isráīl percaya dan sentiasa takut kerana diorang percaya suatu hari nanti tentera Muhammad akan kembali dan ambil alih Baitulmaqdis dan bebaskan keseluruhan tanah Filastīn.







Oleh: Azizul Farhan


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2023 02:28 PM | Show all posts
TQ for sharing.  Suka baca penulisan mcm ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 1.277597 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list