CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1959|Reply: 0

Belanjawan 2024 RM393.8 bilion lulus

[Copy link]
Post time 3-11-2023 06:58 AM | Show all posts |Read mode
Belanjawan 2024 RM393.8 bilion lulus

Anwar ketika ucapan Penggulungan RUU Perbekalan (Belanjawan 2024) di Dewan Rakyat hari ini.


KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) diluluskan di peringkat dasar selepas ia selesai dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini.

RUU Perbekalan 2024 itu diluluskan menerusi undian suara ketika sesi mesyuarat dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sebentar tadi sejurus penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 peringkat dasar oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seramai 85 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam sesi perbahasan RUU Perbekalan 2024 peringkat dasar yang bermula sejak 16 Oktober lalu.

RUU Perbekalan 2024 tersebut adalah belanjawan kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Ia dibahaskan di peringkat dasar selama lapan hari, disusuli penggulungan selama empat hari mulai 30 Oktober lalu.

Belanjawan 2024 bertemakan ‘Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat’ itu merupakan peruntukan tertinggi dalam sejarah negara yang bernilai RM393.8 bilion telah dibentangkan Anwar pada 13 Oktober lalu. –  KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... 393-8-bilion-lulus/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.049086 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list