CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1746|Reply: 0

Elizad Bangga Diiktiraf Ladies Of Harley Diva 2023

[Copy link]
Post time 2-11-2023 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Siti Elizad berbangga diiktiraf Ladies of Harley DIVA 2023 sempena Hari Harley Asia yang berlangsung baru-baru ini.


Pelakon ini bersyukur mendapat pengiktirafan di sebalik hobi yang dipupuk sejak bangku sekolah itu.


Foto: IG




"Baru-baru ini telah berlangsungnya Hari Harley Asia yang mana di acara terbabit semua yang meminati bidang permotoran berkuasa tinggi jenama Harley Davidson berkumpul.


"Tak disangka, saya mewakili Malaysia dipilih sebagai pemenang bagi kategori Harley Diva. Saya sangkakan pemenang daripada negara lain, namun nasib menyebelahi saya.




  



"Semestinya saya terlalu gembira kerana meminati bidang permotoran ini sejak di bangku sekolah lagi, cuma dulu boleh lihat saja abang-abang saya, selepas habis sekolah baru boleh berjinak-jinak.


"Acara itu berlangsung di Legend Siam, Thailand baru-baru ini. Ia adalah catatan indah dalam diari hidup saya," katanya kepada Harian Metro.


Status sebagai isteri tidak menghalang dirinya meneruskan minat menunggang motosikal yang dipupuk sejak kecil selepas kerap membonceng motosikal bersama abang-abangnya.




  



"Ini adalah hobi dan saya selalu pesan pada diri untuk sentiasa menjaga adab wanita ketika menunggang motosikal. Umur dan status bukan penghalang untuk kita melakukan sesuatu diminati asalkan pandai menjaga diri.


"Malah jika dikenang semula, perkenalan saya dan suami juga bermula dengan hobi yang sama. Suami merupakan rakan kepada abang saya dan dari situ bermulalah bibit percintaan kami," kata Elizad.




  



Untuk info, Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.


Elizad memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak sejak 1994. Terbabit dalam ratusan drama dan telemovie selain aktif dalam program TV serta lebih 20 filem.


  



Dia mula menyertai radio sejak 2019 serta pernah muncul mengacarakan beberapa program TV. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-10-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.034909 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list