View: 4151|Reply: 14
|
Dua Kanak-Kanak Ditemukan Lemas Dalam Kolam Ternakan Udang
[Copy link]
|
|
Sungai Petani: Perasaan curiga seorang bapa yang mengesyaki anak lelaki serta anak saudaranya terjatuh dalam kolam ternakan udang berhampiran rumah mereka di Kampung Sungai Emas Hujung, Kota Kuala Muda, di sini rupanya benar apabila mereka ditemukan lemas, hari ini.
Dalam kejadian 2 petang itu, jasad anaknya, Muhammad Aidil Adha Mohd Ali, 5, dan sepupunya, Muhammad Syafiq Amsyar Abdul Syahid, 3, ditemukan tersangkut pada pukat yang ditarik bapanya ketika usaha mencari mereka dilakukan.
Menceritakan semula kejadian itu, Mohd Ali Abdul Rahman, 48, berkata, ketika kejadian, dia sedang bekerja di kolam udang itu sebelum isterinya memaklumkan anak serta anak saudaranya tiada di situ.
Katanya, dia yang juga pekerja di kolam udang berkenaan sering membawa anak keenam dari tujuh beradik itu ke tempat kerjanya.
"Sebelum kejadian, saya nampak anak bersama sepupunya sedang bermain dengan arnab peliharaan di bawah bangsal berdekatan kolam udang itu.
"Selang beberapa minit kemudian saya lihat mereka sudah tiada, hanya arnab sahaja masih ada di bangsal itu," katanya ketika ditemui di Klinik Kesihatan (KK) Kota Kuala Muda, dekat sini, hari ini.
Mohd Ali berkata, dia mula berasa tidak sedap hati apabila mendapati mereka tidak kelihatan di sekitar kawasan berkenaan dan cuba mencari mereka.
Katanya, ketika itu dia mengesyaki berkemungkinan dua bersaudara itu jatuh dalam kolam ternakan udang berkenaan.
"Saya kata, "Ya Allah!" sahih anak aku duduk (jatuh) dalam kolam tapi saya hanya tawakal dan cuba tarik pukat namun terasa berat.
"Saya kemudian meminta bantuan jiran untuk menarik pukat berkenaan dan apabila ditarik kali pertama, terus dapat sepupunya (Muhammad Syafiq Amsyar).
"Selepas kali ketiga tarik pukat baru dapat anak saya," katanya.
Mohd Ali berkata, kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke KK Kota Kuala Muda untuk mendapatkan rawatan tetapi mereka disahkan sudah meninggal dunia.
Sementara itu, ibu Muhammad Syafiq Amsyar, Nur Khairina Natasha Sarino, 24, berkata, dia menyedari anaknya tiada selepas suasana senyap dan tidak mendengar suara anak bongsu dari dua beradik itu yang ketika itu dilihat sedang bermain dengan sepupunya, di luar rumah.
"Mulanya saya dengar suara mereka bermain, lepas tu sunyi, saya rasa tak sedap hati, kemudian saya tanya suami mana anak... dia pun tak nampak mereka," katanya.
Nur Khairina berkata, sehari sebelum kejadian anaknya berperangai aneh apabila meminta untuk memakai baju kurta yang dipakai ketika Aidilfitri lalu untuk keluar bermain.
Katanya, kebiasaannya, arwah akan pilih t-shirt bercorak kartun saja, dan dia kemudian meminta anaknya memakai baju biasa saja.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian terbabit.
Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat.
Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ok tggu acik forum je la bg sepatah 2 kata.. |
|
|
|
|
|
|
|
takde org tua tengok tengok ke budak2 tu waktu kejadian..takde safety precaution ke?
Budak2 umur gini memang kena ada pemantauan sepanjang masa kalau dekat mana2 kolam pun. |
|
|
|
|
|
|
|
I cukup susah hati klu anak2 berada luar pagar. x berani nak biar tanpa pengawasan |
|
|
|
|
|
|
|
Aku cukop susah hati kalo ank nk bbuas bukan depan mata.
Tambah² kalo senyap sunyiii lg aku riso.
Ntah la nokk.. Ank masing² kan.
Etlis pakai la common sense.
Tempat kolam mcm tu kasi lepas budak² kecik xtadak pemantauan, konpiden betoi parents pon.
Takziah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerap nau eksiden gini.
Dorg ni xtgk berita ka mcm mna?
Kaaa.. Bangsa tawakal aja?
Dh lemas tu nk wat mcm mna, kna redho.
Haih..
Hgpa ni syg ke x kt ank² tuhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah sahaja mampu diucapkan.
Nak kecam tak sanggup, sebab bukan bawa anak bersuka ria, dulu pun mak pak kerja kg bawa anak kerja, cuma patutnya kena ada pemantauan orang dewasa, anak pun kena nasihat jangan main dekat kolam, kalau jatuh kena cari orang dewasa instead nak selamatkan kawan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ko dah tau ada budak2 kecik ko buat la grill rumah..aku sjak beranak berderet ni siap buat grill kat pintu..budak konfem x boleh keluar sbab tmpat lock dia tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Takziah buat keluarga anak2 ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku baca sayu.. nak kata lebih2 tak smpai hati... cuma makpak ni kena la tgk anak2 main, tambah umuq2 cmtu |
|
|
|
|
|
|
|
Al-fatihah untuk anak2 syurga. Tak tau nak cakap apa. Dah tau rumah dekat dengan kolam, patut kena pantau lebih anak2.. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan tinggal anak2 kecik di kwsn ada tadahan air...walaupun air baldi dlm rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Entah lah dekkk
Rumah ada kolam (renang ke ikan koi ke)
Rumah tinggi
Tolong lah ambil langkah extra
Takkan sebab dah biasa tinggal tepi kolam
Dah biasa tinggal rumah tinggi
Pastu dibiarkan anak tergolek jatuh kolam jatuh tingkap
Samalah macam naik kereta
Bapak tak reti pakai seatbelt
Mak tak reti duduk diam
Anak tak diletak dalam carseat
Apa pon takziah
Salah diri sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Pun tanak kecam.
Kesian. Menyesal seumur hidup la mak paknya. Lagi2 bila tengok kolam.
Aiols syak yang kecik tu jatuh dulu. Pehtu yang besar nak selamatkan. Or vice versa. |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang kan aku ghasa kes mak pak cuai ni, ada kaitan dengan mental disability.
Samada;
1. Slow learner
2. Autism
3. Adult ADHD |
|
|
|
|
|
|
| |
|