View: 4358|Reply: 33
|
Raja Permaisuri Agong Berkenan Ambil Budak Hidap Sindrom 'Werewolf' Sebagai Anak Angkat
[Copy link]
|
|
Seorang wanita menerusi laman Facebook pada Rabu yang memuat naik gambar surat istana bertarikh 10 Oktober 2023, menyatakan
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengambil kanak-kanak menghidap sindrom 'congenital generalised hypertrichosis' (CGH), Missclyen Anak Roland sebagai anak angkat.
"Waba' dah Ehwal Beta berhasrat untuk mengambil Missclyen sebagai anak angkat. Dalam hubungan ini, Beta akan memberikan perbelanjaan melalui Tuan sebagai penjaga bagi penggunaan persekolahan Missclyen.
Foto: Majoriti
"Selain itu juga Beta akan menanggung perbelanjaan bagi mengubati penyakit Hypertrichosis atau Sindrom Werewolf yang dihadapinya.
"Beta berharap dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit beban Tuan dan pacai pondok dalam menjaga dan membesarkan Missclyen," tulis kenyataan dalam surat berkenaan.
WAnita yang dikenali sebagai Kak Na itu turut menzahirkan rasa syukur dan gembira atas rezeki yang diperoleh Missclyen.
"Cukup bertuah kau dik (Missclyen). Semoga semuanya berjalan dengan lancar.
"Nanti lama la kita tak bersama kalau awak dah dibawa orang ke sana, air mata ini tak berhenti mengalir sebab terlalu gembira," tulisnya menerusi hantaran berkenaan.
Terdahulu, hasrat seorang bapa yang ingin menemukan anak istimewanya dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tercapai apabila pasangan diraja itu mencemar duli di Kampung Penan Muslim, Bintulu sempena Kembara Kenali Borneo di Sarawak baru-baru ini.
Dalam rakaman video dimuat naik di laman media, Roland dilihat berjaya membawa anaknya berjumpa dengan pasangan berkenaan dan baginda berdua turut menitipkan pesan kepadanya untuk menjaga anak itu dengan sebaiknya.
"Jaga baik-baik ya, anak syurga ni, buat pemeriksaan doktor," titah Al-Sultan Abdullah ketika itu. — CARI
Sumber: Majoriti |
|
|
|
|
|
|
|
Mulianya Raja Permaisuri Agung. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. Semoga penyakitnya cepat sembuh. Aamiin. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh tak sangka orang tempatan ada yang hidap sindrom ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti dia rimas kan
Kalau panas lagi lah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah tgk sindrom yg rare ini di brazil puluhan tahun dahulu. Semoga apa jua urusan anak ini dimudahkan dgn izinNYA. Amin.. |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 1-11-2023 08:52 PM
Mesti dia rimas kan
Kalau panas lagi lah..
Kita yg bertudung pun dah rasa rimas panas..dia lagi la 24 jam rambut tu tutup habis muka dia sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiaannnnya dia......semoga dipermudahkan segala urusan...menjunjung kasih buat HRH Tuanku Azizah atas keprihatinan nya....
P.S. Tiba2 teringat movie Grinch, mungkin ni la simptom yg dialami watak utama tu yg membuat dia disisihkan masyarakat.... |
|
|
|
|
|
|
|
ni mmg patut dipuji ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus RPA tanggung segala perbelanjaan budak ni.
Kdg iols pikir untungnya org yg lahir2 dah kaya raya boleh guna harta benda utk tujuan bantu org2 yg memerlukan. Kdg kita ni bagi sikit2 boleh la. Diri sendiri pun nak kena pikir lepas ke tak. Kdg rasa bestnya hidup takyah fikir duit. Apapun semoga jasa baik RPA ni harap buka mata utk royalties yg lain. |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X: Mulianya Raja Permaisuri Agung.
salah hb pemaisuri satu sen duit tak keluar.
|
|
|
|
|
|
|
|
mak budak ni pun cantik. org sarawak ke |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya..
kita ingat kita susah.. ada lagi yg lebih susah (cliche, tapi hakikat) |
|
|
|
|
|
|
|
sakit cmni boleh sembuh ke?
kesian adik ni, kalau boleh diubati moga cpt sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
tiap kali aku tgk adik ni mesti aku terfikirkan masa depan dia. mcm mana la keadaan dia kalau dah bersekolah nanti. nak hadap dgn budak2 lain yg semestinya akan ada mulut yg mcm hansuang. harap kehidupan adik ni sentiasa dipermudahkan & ke mana pun dia pergi sentiasa disayangi. |
|
|
|
|
|
|
|
org penan mmg cantik2 kan?kt skolah dlu rmai kwn2 org penan anak2 askar yg keja kt semenanjung..muka sepesen jah semua tp cantik2 lemah lembut. |
|
|
|
|
|
|
|
tengok adik beradik pun comel dan mak budak pun cantik...so budak ni confirm comel..sian dia...semoga kuat menghadapi cabaran di masa hadapan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|