|
SEOUL: Bekas pemain lawan pedang, Nam Hyun-hee, 42, baru-baru ini memperkenalkan tunangnya, Jeon Chung-jo kepada orang ramai.
Hyun Hee dikhabarkan menemukan semula cintanya selepas bercerai dengan suaminya, Gong Hyo-suk pada Ogos lalu.
Hyun-hee dan Chung-jo mendedahkan hubungan mereka menerusi sesi temu bual dan fotografi.
Foto: Agensi
Namun, bekas atlet itu dihujani pelbagai dakwaan mengenai bakal suaminya.
Hyun-hee memperkenalkan Chung-jo kepada umum sebagai chaebol muda, terma merujuk kepada keluarga taikun kaya perniagaan, yang sebelum itu pernah bermain sukan equestrian sehingga kecederaan dialaminya memaksanya bersara.
Namun, warganet yang mengenalinya menyatakan Chung-jo merupakan penipu kerana dia adalah wanita yang menyamar sebagai lelaki.
Media sosial dibanjiri dengan komen demikian namun Hyun-hee tetap menafikan dakwaan tersebut dan mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba memburukkan nama bakal suaminya.
Bagaimanapun, sebuah saluran berita melaporkan bahawa Chung-jo sebenarnya merupakan pelajar perempuan dari Korea Horseman High School, dengan menyiarkan beberapa gambarnya.
Beberapa sumber lain pula mendakwa Chung-jo merupakan bekas banduan wanita yang pernah dipenjarakan atas pelbagai tuduhan penipuan dan peras ugut.
Selepas beberapa bukti didedahkan, Hyun-hee akhirnya memutuskan hubungan dengan Chung Jo dan mengumumkan perkahwinan mereka dibatalkan.
Sejak berpisah dengan Chung-jo, bekas atlet itu mengetahui bekas tunangnya pernah menggunakan namanya untuk menipu pelbagai pelabur.
Chung-jo dibebaskan kerana pihak polis tidak menganggapnya berisiko untuk melarikan diri mahupun memusnahkan bukti.
Bagaimanapun, dia dilarang daripada menghampiri, menghubungi dan menghantar mesej kepada Hyun-hee. –CARI
Sumber: Utusan |
|