CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6101|Reply: 124

Ibu Bapa Hanya Mampu Bagi Makanan Murah, Semakin Ramai Kanak-Kanak Terbantut

[Copy link]
Post time 1-11-2023 03:41 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Semakin ramai ibu bapa memilih membeli makanan murah menyumbang kepada masalah kanak-kanak bantut kerana tidak mendapat nutrisi secukupnya.


Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, bukan itu sahaja ibu hamil juga tidak mengambil nutrisi yang baik dan dari situ  memberi kesan terhadap bayi dilahirkan sehingga ada yang terbantut tumbesaran.


Tambahnya keengganan mengikut jadual rawatan dan menganggap kanak-kanak gempal sebagai comel juga menyumbang kepada masalah bantut.




Gambar Hiasan




“Saya juga agak bimbang dengan keadaan harga, kos kehidupan yang semakin meningkat… seperti barang keperluan yang membabitkan  nutrisi, harganya meningkat.


“Ini akan menyebabkan ibu bapa memilih untuk mendapatkan makanan yang murah, dan ibu sedang hamil juga tidak mengambil nutrisi yang terbaik bagi memastikan anak dilahirkan dengan sihat serta tidak berbantut,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.


Menurut beliau, bantut memberi kesan agak besar dan kumpulan tersebut terdedah dengan penyakit seperti obesiti seterunya menyebabkan produktiviti tumbesaran anak-anak berkenaan terjejas.


Kata Lukanisman, jika kumpulan kanak-kanak ramai yang  terbantut, produktiviti negara pada masa akan datang juga akan terjejas.


Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad [PH-Kuala Selangor] mengenai sejauh mana ukuran kumpulan yang agak terpinggir supaya kerajaan dapat menangani masalah bantut dengan baik.


Lukanisman turut mendedahkan ada pengusaha kantin di sekolah tertentu yang menyediakan menu sosej dan nasi melalui program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menyaksikan murid berkenaan sepatutnya disajikan makanan berkhasiat.


Katanya, isu nutrisi bukan saja dihadapi keluarga berpendapatan rendah (B40), malah berlaku dalam kalangan keluarga T20 sehingga terdapat anak-anak daripada golongan isi rumah berkenaan juga mengalami masalah bantut.


“Dalam rekod pada lima tahun lalu, berlaku masalah bantut di tiga negeri tertinggi seperti Kelantan dan juga Putrajaya termasuk dalam senarai tiga teratas.


“Populasi Putrajaya adalah kebanyakan golongan yang mempunyai pendidikan. Golongan ini juga mengambil langkah mudah kerana kesibukan dan pembinaan kerjaya lebih meluas. Jadi dari segi pemilihan makanan, makanan segera sering diberi kepada anak mereka,” katanya.- CARI


Sumber:Utusan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2023 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Realiti life ramai makpak PEMALAS nk sediakan makanan berkhasiat utk anak..
nasi putih..telo goreng..kicap..sayo (timun mentah sbg ulam)..dah CUKUP tumbesaran
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
ini utk BASIC LAIF MENU cukup2 utk hidup pd akhir zaman inni
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 04:10 PM | Show all posts
bukan masalah nak murah tapi masalah pemalas..
beli nuget hotdog segala makanan proses goreng sumbat kat anak..
pastu tak nak ajar anak makan sayur..
konon picky eater padahal kau yang ajar anak makan memilih..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Help. Anak aku 2 tahun 4 bulan. Underweightttt. Semua makanan berkualiti kot kat rumah, susu yogurt ayam ikan sayur hijau carrot yihh name it. Lengkap. Tp dia makan 5 suap je dah kenyang reverse saiko sudah, lemah lembut sudah, kasi sambil pegang hanger sudah, tetap lah jg mcmtu2 jg argh stress laa. Susu formula mmg dia tak pandai minum sebab fully breastfeed. Kalau dia minum susu formula cantik sikit kot berat dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 1-11-2023 06:20 PM

Alamak, anak iols pun petite tp maybe genetik kot. Iols pun bkn tinggi juga.
Apa mknn tuk bg tinggi eh? Tp iols tanak anak obes. Iols ok je dia kurus skrg ni.
Biarlah kekal kurus sampai dewasa,tgk artis2 bbnu yg lawa2 tu semua saiz xs.
Kalau berisi nnt kena hina fizikal plak so better slim laa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2023 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 1-11-2023 04:14 PM
Help. Anak aku 2 tahun 4 bulan. Underweightttt. Semua makanan berkualiti kot kat rumah, susu yogurt  ...

Anak iolss pun spesis ni...makan skt je..sll kakak dia perabihkan makanan dia..kalo p kedai makan konon nafsu oder tu mcm abis sgt...sudahnye si kakak tukang perabihkan...sampai kakak tunggu adik oder makanan br dia Oder sbb dia tau adik perut kecik..ni darjah 3 berat x sampai 24kg.. cikgu asyik srh bg dia makan banyak...time makan je mula la nk berperang..penat
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
tp badan kecik selalu nmpk muda.
kalo pompuan dh skolah menengah mmg berdiet. nk nmpk cantik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2023 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ina_na at 1-11-2023 05:54 PM
Suchi replied at 1-11-2023 05:14 PM
Alamak, anak iols pun petite tp maybe genetik kot. Iols pun bkn tinggi juga.
Apa mknn tuk bg tinggi  ...


Anak sulung iolss ms darjah 6 dl 66kg.. sbb ms tu COVID,dah start ajar makan bercatu..dia pulak x boleh x de ayam..tp dia bekerjasama walaupun x de ayam makan gak ikan..tgk skrg ni dah 3 thn COVID dah start makan sayur,carrot..skrg anak sulung iolss berat 52kg tinggi 165cm..dah form 2.. tgk X bagak sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 1-11-2023 05:14 PM
Alamak, anak iols pun petite tp maybe genetik kot. Iols pun bkn tinggi juga.
Apa mknn tuk bg tinggi  ...

Sis boleh cuba diet tinggi calcium dan protein. Susu dan cheese wajib dlm menu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bantut iq mcm piji, mat sabun dan nuart
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak pak zmn skrg mmg ramai yg ada masalah pemahaman.. Artikel bincang psl bantut tp dia sibuk bincang psl overweight underweight.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 1-11-2023 06:21 PM
ina_na replied at 1-11-2023 05:53 PM
Anak sulung iolss ms darjah 6 dl 66kg.. sbb ms tu COVID,dah start ajar makan bercatu..dia pulak x  ...


165cm berat 52kg kira oklah kurus
kalau boleh masa sekolah ni ok je kurus keding sbb nnt kita akn berisi juga bila makin dewasa.
Anak sulung iols jenis frame besar si adik plak kecil molek.


Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak dinyatakan apa maksud makanan murah tu. Adakah hanya dapat minum air kosong atau teh cair saja sebab tak mampu beli telur dan beras? Atau maksudnya bagi makan mi segera semata2? Atau makan sosej paling murah di pasaran? Kalau air kosong banyak saja, itu miskin tegar dan hampir kebuluran dan perlu dibantu sementara waktu sehingga mampu beli makan sendiri. Kalau mampu beli beras dan telur, itu makanan berkhasiat walaupun gred paling murah. Tapi kalau beli mi segera atau sosej dan selalu makan tu saja, itu nampaknya macam kurang berusaha sebab duit sosej dan mi segera boleh beli telur dan sayuran malah ayam tapi perlu masak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ilacantik replied at 1-11-2023 05:55 PM
Sis boleh cuba diet tinggi calcium dan protein. Susu dan cheese wajib dlm menu.

Kira kalau genetik kenit pun leh tinggi gak ke melalui mknn?
Suka tgk org tinggi2 ni time sukan laju je depa lari yelaa kaki panjang.
Pastu pakai baju apapun nampk terletak elok nk plak skrg byk baju baggy.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 anak aku picky eater.. menyusu badan full 2 tahun, pehtu campur susu badan + formula until 3... body sedap2 laa takde laa kurus, and tak gemok.. tp dia makan memilih.. sampai aku kena kasi dia minum pediasure sbb aku takut dia tak cukup zat.. minum le susu tu campur dgn solid food sampai dia 5 tahun.. slowly kurangkan dia menyusu bila dia less picky... sbb aku takut anak aku bantut tak cukup zat.. dia ni boleh tahan buas ye....

Tiberhhh dia masuk skolah.. dia makin tak picky.. bihun, mee, roti, nasi putih, nasi minyak tetiba semua dia bedal...

Masuk 10 tahun ni.. makin banyak makan.. sekotak pizza pun dia sorang balun huhu.. tp tak gemuk ok.. sbb dia main soccer taekwondo, swimming, skate board... mmg aktif laa budak nye.. sbb aku control his gadget time weekend je and selit2 online tuition jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2023 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 1-11-2023 06:30 PM

Oh lupa selit.. my son december baby so technically he's 9 yo going on to 10 this dec..

Tinggi heols paras bahu i... about 140 cm dah... takde la petit..  i risau jugak dia pendek sbb ex husband i pendek je 168 cm...


my brother 180 cm, my husband 182 cm...  i am 161 cm... tall laa for a lady... family belah i mostly tetinggi... my atok is 182 cm lebih kurang paras my husband

I doa anak i tinggi tak katik mcm my ex.. tp tengok kan limbs dia jejari takde laa kontot
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 1-11-2023 06:24 PM
Kira kalau genetik kenit pun leh tinggi gak ke melalui mknn?
Suka tgk org tinggi2 ni time sukan la ...

Boleh.. pemakanan pun pengaruhi ketinggian.... mcm org jepun korea zaman dulu2 sume pendek.. nowadays mostly jantan average 180 cm especially japanese ya.... mmg menggalah deme sume kalo naik subway ke surface train ke mmg obvious iols terhapus dengan ketinggian lelaki dan wanita japanese
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 1-11-2023 05:53 PM
Anak sulung iolss ms darjah 6 dl 66kg.. sbb ms tu COVID,dah start ajar makan bercatu..dia pulak x  ...

Lelaki ke perempuan anak sulung uols
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 1-11-2023 06:45 PM
green~tea replied at 1-11-2023 06:32 PM
Boleh.. pemakanan pun pengaruhi ketinggian.... mcm org jepun korea zaman dulu2 sume pendek.. nowad ...


Padahal zaman perang dulu dorang pendek2 je kan.
Dulu mak iols selalu ckp org jepun pendek2 je.
Skrg jepun ngn korea tinggi2 melayut baik lelaki mahupun pompuan.
Iols 156cm je tp kawan2 iols ada yg lebih rendah lg 150cm ke bawah pun ada.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.071298 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list