CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1370|Reply: 0

[Perak] Hati-hati ada harimau

[Copy link]
Post time 1-11-2023 12:31 PM | Show all posts |Read mode

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan adanya kelibat harimau belang dikesan di dua lokasi berasingan di negeri ini iaitu masing-masing terdapat di Pos Kuala Mu, Sungai Siput dan di Kampung Sahom, Kampar. FOTO ihsan pembaca

Ipoh: Penduduk di Pos Kuala Mu, Sungai Siput dan Kampung Sahom, Kampar dinasihatkan mengambil langkah waspada susulan kemunculan harimau belang di kawasan berdekatan perkampungan mereka minggu lalu.

Kemunculan haiwan liar itu di dua kawasan berkenaan turut disahkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak.

Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, Kuala Mu adalah kawasan penempatan masyarakat Orang Asli dan berdekatan dengan habitat harimau belang di Hutan Simpan Piah.

Katanya, manakala di Kampung Sahom juga kawasan berkenaan turut berdekatan dengan Hutan Simpan Salu dengan pihaknya mengandaikan harimau yang dikesan dekat perkampungan itu mungkin tersesat.

"Di Kampung Sahom mungkin harimau berkenaan terlajak ketika cari makan memandangkan babi hutan dekat kawasan itu berkurangan akibat wabak demam babi Afrika (ASF)," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, ketika ini pihaknya sudah memasang kamera dan perangkap di kedua-dua lokasi itu dan menasihatkan penduduk tidak melakukan provokasi jika terserempak haiwan itu.

Sejak kelmarin tular rakaman berdurasi tujuh saat memaparkan kelibat harimau yang didakwa berada di tepi jalan raya di Kuala Mu.

Turut tular rakaman memaparkan pihak Pejabat Penerangan Daerah Kampar melakukan hebahan bergerak menggunakan van dilengkapi pembesar suara yang mengingatkan supaya penduduk di Kampung Sahom mengambil langkah waspada susulan kemunculan harimau yang mula dilaporkan sejak 22 Oktober lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ti-hati-ada-harimau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.070414 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list