View: 1715|Reply: 2
|
Dah Enam Tahun, Litar Lumba Di Kedah Masih Tak Siap-Siap, Jadi Tapak Pembuangan Sampah
[Copy link]
|
|
Sungai Petani: Peminat sukan permotoran kecewa apabila projek litar lumba di Ambangan Heights, Bandar Aman Jaya, di sini yang dibina pada 2017 didakwa terbengkalai.
Tinjauan mendapati, tapak litar seluas 40 hektar itu kini ditumbuhi semak samun dengan laluan masuk dijadikan tempat pembuangan sampah haram.
Peminat sukan permotoran, Jasni Khalid, 32, berkata, sepatutnya projek yang dilengkapi trek sepanjang 1.8 kilometer itu disiapkan segera bagi merancakkan sukan permotoran di daerah Kuala Muda.
“Kerajaan negeri telah beberapa kali berjanji untuk menyiapkan pembinaannya selepas hanya kerja-kerja tanah dilakukan.
“Kegagalan kerajaan negeri menyiapkan projek itu secara tidak langsung menimbulkan persoalan tentang apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.
Mohamad Syahir Roslan, 19, berkata, usaha kerajaan negeri membina litar bagi membendung kegiatan lumba haram terutama dalam kalangan remaja patut diberikan pujian.
“Bagaimanapun, jika projek ini terbengkalai, bagaimana isu mat rempit mahu diatasi,” ujarnya.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Suruh Sanusibat bersihkan |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi rohingya buat kampung dekat situ pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
|