CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2335|Reply: 0

[Pulau Pinang] Puluhan ribu pengunjung meriahkan Karnival UDA

[Copy link]
Post time 1-11-2023 08:10 AM | Show all posts |Read mode
Puluhan ribu pengunjung meriahkan Karnival UDA


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



ORANG ramai meninjau reruai jualan hartanah UDA di Gravitas Jalan Baru Perai. FOTO Danial Saad




Bukit Mertajam: Selepas kejayaan yang dilakarkan di Johor Bahru pada 29 September hingga 1 Oktober lalu, kini sekali lagi karnival yang dianjurkan UDA Holdings Berhad (UDA) mencatatkan prestasi yang membanggakan dengan kehadiran puluhan ribu pengunjung.

Ia sekali gus menjadikan lonjakan bagi syarikat pembangunan hartanah dan pengurusan aset terbabit optimis untuk mencapai nilai jualan berjumlah RM10 juta yang disasarkan membabitkan 500 usahawan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA Datuk Mohd Salem Kailany, berkata pihaknya menyasarkan nilai jualan itu mampu diraih sepanjang mengadakan karnival di empat lokasi yang terpilih.

"Berdasarkan rekod di Johor Bahru, kita memperoleh nilai jualan RM2.96 juta dan di Pulau Pinang dijangka turut memperoleh nilai sama melebihi RM2.5 juta.

"Oleh itu, kita yakin dengan berbaki dua lagi karnival iaitu di Sabah dan Perak juga akan memperoleh nilai jualan yang sama seperti kedua-dua negeri ini, sekali gus mencapai sasaran RM10 juta yang ditetapkan," katanya.


DR Mohamad ketika mengedarkan gula putih percuma kepada pengunjung. FOTO Danial Saad



Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup Karnival UDA yang berlangsung di Tapak Parkir Gravitas, Taman Pauh Jaya, di sini, Ahad lalu.

Majlis penutup karnival itu disempurnakan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Senator Saraswathy Kandasami.

Dalam pada itu, Mohd Salem berkata, menariknya pada karnival kali ini menggabungkan dua program utama dalam satu karnival iaitu Program Usahawan USHAniaga dan Kempen Hartanah UDA Ria.


DR Mohamad melihat produk jualan usahawan. FOTO Danial Saad




"Program Usahawan USHAniaga adalah inisiatif UDA khusus kepada golongan usahawan untuk membantu mempromosikan perniagaan dan mendapatkan peningkatan dalam aspek jualan dan pemasaran.

"Selain itu, ia bertujuan merangsang pertumbuhan ekonomi dalam kalangan usahawan tempatan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya.

"Menerusi Program Insentif Usahawan UDA (PIUU), usahawan yang berminat membuka gerai jualan di Karnival UDA 2023 diberikan subsidi sewaan tapak yang mereka juga berpeluang menikmati pelbagai lagi insentif lain oleh UDA terutamanya bantuan dari segi akses pasaran seperti ruang niaga di premis-premis dibawah seliaan UDA," katanya


PRODUK hartanah UDA tarik minat pengunjung. FOTO Danial Saad




Jelasnya, Kempen Hartanah UDA Ria pula membawakan pelbagai hartanah UDA antaranya dari Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Pahang termasuk projek terbaharu di Sarawak yang sesuai untuk semua generasi dengan menawarkan promosi dan tawaran hadiah menarik.

"Merujuk kepada segmen hartanah di Pulau Pinang, UDA menfokuskan kepada dua produk hartanah yang terletak di lokasi strategik iaitu banglo dua tingkat Crescent Dew (Fasa 1B).

"Selain itu, UDA turut membawakan pangsapuri Amaanee Residences yang terletak di Wakaf Seetee Aisah 2, Seberang Jaya dengan harga mampu milik," katanya.


DR Mohamad (tiga dari kanan) dan Saraswathy (tiga dari kiri) bersama penerima sumbangan zakat usahawan asnaf pada majlis penutup Karnival UDA di Gravitas Jalan Baru Perai. Turut serta EXCO Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Pulau Pinang, Fahmi Zainol (dua dari kanan) dan Mohd Salem (dua dari kiri). FOTO Danial Saad






Disiarkan pada: November 1, 2023 @ 7:16am









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.434362 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list