"Jika disabit kesalahan mengikut akta sama, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan Task Force Khas Bersepadu operasi itu membabitkan agensi seperti Kawalselia Beras dan Padi (KPB), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).
Dalam pemeriksaan berasingan, Affendi berkata, sebuah kilang beras di Simpang Empat turut dikenakan tindakan kerana tidak mempunyai permit menyimpan barang kawalan iaitu diesel.
Ketika pemeriksaan dilakukan, katanya, anggota penguat kuasa KPDN turut menemui sebuah 'skid tank' mengandungi diesel dalam anggaran 6,000 liter dan 3,000 liter di dalam tiga unit tangki.
"Nilai rampasan bagi diesel dianggar RM28,800 manakala keseluruhan rampasan dianggar RM29,400.
"Siasatan dilakukan mengikut Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana pelanggaran Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
"Sekiranya disabitkan kesalahan di bawah akta sama, boleh dikenakan penalti iaitu bagi mana-mana orang perseorangan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya," katanya.