CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10887|Reply: 0

[Perlis] 11 rumah rosak teruk dibadai puting beliung

[Copy link]
Post time 30-10-2023 12:16 AM | Show all posts |Read mode
11 rumah rosak teruk dibadai puting beliung

oleh WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
29 Oktober 2023    09:12pm








Rumah penduduk rosak teruk akibat dibadai puting beliung. - Foto ADUN Guar Sanji



ARAU - Sebanyak 11 rumah rosak teruk dan tidak selamat untuk didiami selepas dibadai puting beliung di Kampung Padang Besar, Guar Sanji di sini pada petang Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim berkata, seramai 35 mangsa kini terpaksa menumpang sementara di rumah saudara mereka yang berdekatan.



Menurutnya, kejadian pada jam 2.30 petang Ahad itu menerbangkan bumbung dan merosakkan harta benda penduduk sehingga mengakibatkan rumah rosak teruk.

"Kejadian berlaku dengan pantas apabila pusaran angin kencang menerbangkan bumbung 11 buah rumah dalam kejadian tersebut.



“Enam daripadanya rosak teruk dan melibatkan seramai 35 orang mangsa. Tiada mangsa cedera dilaporkan dalam kejadian tersebut,” katanya semasa dihubungi pemberita pada Ahad.



Keadaan rumah penduduk yang dibadai puting beliung. - Foto ADUN Guar Sanji




Jelasnya, kejadian tersebut bakal dirujuk kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya.


Mohd Ridzuan yang turut turun ke lokasi kejadian diiringi Pengerusi Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) kampung Padang Besar, Zainul Abidin.




Hadir sama, wakil Ahli Parlimen Arau, wakil Muslimat DUN Guar Sanji dan Penyatuan Ummah yang tampil memberikan sumbangan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.352532 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list