View: 2219|Reply: 0
|
Mengaku Gay Dan Berperwatakan Lembut, Shah Rukh Khan Adalah Orang Pertama Yang Menerima Karan Johar
[Copy link]
|
|
Mengaku Gay Dan Berperwatakan Lembut, Shah Rukh Khan Adalah Orang Pertama Yang Menerima Karan Johar
Karan Kumar Johar ialah seorang pengarah filem dan personaliti televisyen India yang sangat berpengaruh.
Banyak Membantu Menaikkan Selebriti
Dia telah banyak membantu kerjaya beberapa pelakon yang berjaya di bawah Dharma Productions sendiri.
Disebalik kejayaannya itu, Karan Johar sememangnya mempunyai sikap feminin dan juga berbeza dengan kebanyakan lelaki.
Disebabkan sikapnya itu, dia seringkali menjadi bahan ejekan di persekitarannya.
Menurut Intepseleb, ibu bapanya mungkin tidak memahaminya, tetapi semakin meningkat usia, orang disekeliling mula menjadi lebih senyap walaupun masih ada yang bercakap cara dia berjalan dan bercakap.
Terharu Dengan Sikap Shah Rukh Khan
Biarpun sekeliling mengejeknya, Karan Johar amat terharu dengan sikap suami Shah Rukh Khan.
Hal ini kerana dia mendakwa bahawa Shah Rukh Khan adalah orang pertama yang menerimanya.
Saya masih ingat Shah Rukh Khan adalah lelaki pertama yang tidak membuatkan saya rasa rendah diri atas sebab tertentu.
Saya rasa dia menerima saya yang pada masa itu walaupun dianggap sebagai perempuan atau cara saya berjalan lucu.
Karan Johar juga tidak menyembunyikan orientasi seksualnya, malah mengakui dirinya gay. Pengakuan ini dapat dilihat daripada autobiografinya berjudul An Unsuitable Boy pada 2017.
Semua Orang Mengetahui
Menurut Intepseleb, pengarah ikonik itu juga mengakui dia lebih tertarik pada lelaki. Baginya, semua orang mengetahui orientasi dirinya.
Dia tidak perlu untuk menjerit untuk memaklumkan kepada umum kerana dia kini tinggal di negara dimana dia mungkin dipenjarakan jika memaklumkan perkara tersebut secara terang teranggan.
Sumber:https://murai.my/2023/191796/men ... nerima-karan-johar/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|