CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2691|Reply: 1

[Kedah] Belalai air terbangkan bumbung rumah penduduk di Kodiang

[Copy link]
Post time 29-10-2023 06:46 PM | Show all posts |Read mode
Belalai air terbangkan bumbung rumah penduduk di Kodiang


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Oktober 29, 2023 @ 6:39pm [email protected]




Pusaran angin atau belalai air yang berlaku di Manggol Bongor, Kodiang, petang tadi




KODIANG: Seorang pengusaha bengkel membaiki barangan lori tergamam apabila ternampak pusaran angin atau belalai air menerbangkan bumbung rumah penduduk di Manggol Bongor, di sini, petang tadi.

Marwan Kassim, 40, berkata ini adalah kejadian pertama yang pernah dilihatnya kerana sebelum ini dia hanya menonton di kaca televisyen.



Bumbung rumah penduduk di Kampung Pida 2, Manggol Bongor yang diterbangkan angin. - Foto NSTP/IHSAN Marwan





Menurutnya, dia sempat merakamkan kejadian itu sebelum pusaran angin berkenaan menghala ke arah bengkel miliknya berhampiran rumah di Kampung Pida 2, kira-kira jam 3.45 petang itu.

"Pusaran angin itu menerbangkan bumbung bengkel yang menyimpan barangan membaiki lori. Habis semua barangan dalam bengkel ini rosak termasuk peti sejuk, mesin basuh serta beberapa barangan lain ," katanya ketika dihubungi hari ini.

Marwan bagaimanapun bersyukur kerana rumahnya terselamat dalam kejadian itu.

Katanya, rumah penduduk berhampiran dianggarkan kira-kira 10 buah rosak dengan kebanyakan membabitkan bumbung yang diterbangkan.

"Semua bumbung dan beberapa objek berpusing itu nampak 'real' (nyata) kerana anginnya sangat kuat. Mujur tiada yang cedera dalam kejadian itu.

"Saya anggarkan kerugian RM40,000 apabila separuh bahagian dalam bengkel musnah manakala bumbung diterbangkan angin," katanya sambil menambah kejadian kira-kira 10 minit yang turut disertai hujan lebat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) negeri, Khalil Abd Aziz berkata corak cuaca yang berubah ketika tempoh peralihan monsun menyebabkan ribut dan puting beliung kecil.

Katanya, fenomena seumpama itu boleh berlaku semula dalam tempoh peralihan monsun yang berterusan dari September hingga November.



Bumbung rumah penduduk di Kampung Pida 2, Manggol Bongor yang diterbangkan angin. - Foto NSTP/IHSAN Marwan.
"Kemungkinan ini berlaku disebabkan oleh corak cuaca masa perubahan monsun mengaibatkan langit cerah pada waktu pagi, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pada waktu petang hingga malam.



"Juga boleh berlaku kejadian angin puting beliung, belalai air atau belalai darat serta hujan batu," katanya ketika dihubungi.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2023 06:48 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.395032 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list