CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3348|Reply: 0

[Perlis] '351 lelaki mengadu alami gangguan seksual'

[Copy link]
Post time 29-10-2023 05:54 PM | Show all posts |Read mode
'351 lelaki mengadu alami gangguan seksual'



Oleh BERNAMA - Oktober 29, 2023 @ 4:20pm



Sebahagian pelajar hadir Program Jerayawara KPWKM@Advokasi Anti-gangguan Seksual Negeri Perlis hari ini yang dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Aiman Athirah Sabu,



KANGAR: Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menerima 1,213 laporan daripada mangsa gangguan seksual, sepanjang 12 siri Program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual sejak dilancarkan Mei lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata daripada jumlah itu, 351 orang atau 28.9 peratus merupakan golongan lelaki.

"Kaum lelaki juga tidak boleh memandang enteng akan isu ini memandangkan kaum lelaki juga turut tidak terkecuali daripada gangguan seksual," katanya ketika berucap merasmikan program jerayawara peringkat negeri Perlis yang merupakan siri ke-13 di sini hari ini.

Untuk rekod, Jerayawara Advokasi Antigangguan Seksual peringkat kebangsaan dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Putrajaya pada 29 Mei lepas yang antara lain untuk menjadikan masyarakat lebih cakna mengenai isu gangguan seksual sekali gus tidak menormalisasikannya dalam masyarakat.

Sementara itu, dalam sidang medianya, Aiman Athirah memberitahu yang laporan gangguan seksual direkodkan dalam inventori di bawah PSSS berkenaan antaranya termasuk gangguan seksual di tempat kerja dan di rumah.

"Jadi, daripada dapatan itu, yang membuka satu lagi ruang kepada kita untuk membuat kajian melihat kepada situasi sebenar yang mungkin berlaku di peringkat bawah dan mungkin memerlukan advokasi bukan sahaja tentang antigangguan seksual, tetapi tentang menyedarkan komuniti, tentang peranan tugas masing-masing," katanya.

Dalam pada itu, Aiman Athirah berkata berdasarkan statistik dilaporkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejumlah 477 kes gangguan seksual direkodkan pada tahun lepas berbanding 506 kes pada 2021 dan majoriti mangsa melibatkan kaum wanita.

"Namun, kita harus akui bahawa terdapat banyak kes gangguan seksual yang tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa dan (mungkin) jumlah sebenar adalah lebih tinggi daripada yang dilaporkan," katanya.

Selain itu, beliau berkata berdasarkan laporan UNICEF Malaysia pada 2021, sekurang-kurangnya empat peratus daripada kanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun di negara ini yang menggunakan Internet mengalami ancaman eksploitasi dan penderaan seksual yang jelas dalam talian.

"Kita harus sedar akan hakikat bahawa gangguan seksual boleh terjadi di mana-mana sahaja, dalam apa jua bentuk dan kepada mana-mana individu tanpa mengira jantina, usia, kaum ataupun agama termasuklah golongan yang tidak berdaya seperti kanak-kanak," katanya. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.052118 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list