CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3485|Reply: 0

[Kedah] Air pasang besar sebabkan ombak setinggi 3 meter

[Copy link]
Post time 29-10-2023 05:40 PM | Show all posts |Read mode

ALOR SETAR: Fenomena air pasang besar dijangka berlaku selama tiga hari bermula hari ini di sepanjang pantai di negeri ini yang berpotensi mengakibatkan paras ombak paling tinggi mencecah tiga meter.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Zairil Anuar Zulmuji berkata, sehubungan itu penduduk di pesisir pantai dan pengunjung yang beriadah atau menjalankan aktiviti pantai ketika itu dinasihatkan supaya berhati-hati.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengarahkan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) di setiap kawasan yang terbabit supaya melakukan pemantauan di lokasi berisiko terutama di tepi pantai yang menjadi tumpuan orang awam.

"Kita juga sudah menyiapkan logistik anggota supaya sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi kemungkinan berlaku sekiranya air pasang besar dan sekiranya bertembung dengan hujan lebat boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.



"Jika dilihat jadual air pasang besar, jangkaan air pasang berlaku sekitar jam 12.47 pagi hari ini manakala jangkaan air pasang pada Isnin pada jam 1.16 pagi dan pada hari Selasa diramalkan berlaku pada 1.45 pagi.

"Keadaan ombak dijangkakan boleh meningkat setinggi tiga meter dan lebih tinggi dari biasa," katanya pada sidang media di Terminal Jeti Feri Kuala Kedah, di sini, hari ini.

Zairil Anuar berkata, penduduk yang tinggal berdekatan pantai dan di kawasan rendah juga akan berisiko untuk ditenggelami air berikutan bertembung dengan hujan lebat.

"Empat daerah dijangka terjejas akibat fenomena air pasang ini iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Yan dan Kubang Pasu.

"Selain itu, terdapat kawasan yang menjadi tumpuan air pasang berlaku iaitu Kuala Kedah, Kota Kuala Muda, Kuala Yan dan Kuala Jerlun," katanya.

Zairil Anuar berkata, penduduk di kawasan berisiko yang hampir dengan pantai dan laut dinasihatkan supaya bersiap sedia untuk menghadapi fenomena air pasang besar ini.

Beliau berkata, anggota APM sentiasa bersiap siaga dan buat pemantauan dan pada waktu air pasang besar berlaku.

"Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko terutama di kawasan pantai, di nasihatkan supaya sentiasa bersiap siaga dan memantau persekitaran rumah kediaman masing-masing jika berlaku kenaikan air yang mendadak, mereka diingatkan bersedia untuk pindah ke tempat selamat atau pindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

"Saya ingatkan juga orang ramai pada tempoh air pasang besar ini supaya tidak beriadah di tepi pantai pada ketika ini dan sentiasa memantau anak-anak yang mandi manda di kawasan pantai," katanya.


Zairil Anuar Zulmuji dan anggota APM meninjau keadaan paras air laut di Jeti Feri Kuala Kedah berikutan fenomena air pasang besar yang dijangka hingga 31 Oktober - Foto NSTP/Ahmad Mukhsein Mukhtar

https://www.bharian.com.my/berit ... ak-setinggi-3-meter

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.291988 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list