CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12149|Reply: 1

[Pulau Pinang] 'Allah pinjamkan insan sangat baik, wajah jenazah tak lekang senyuman' - isteri Badrul

[Copy link]
Post time 29-10-2023 01:13 AM | Show all posts |Read mode
'Allah pinjamkan insan sangat baik, wajah jenazah tak lekang senyuman' - isteri Badrul


Oleh Nur Izzati Mohamad - Oktober 28, 2023 @ 10:46pm [email protected]




Norhayati reda atas pemergian arwah Badrul walaupun hanya enam bulan sempat melayari hidup sebagai suami isteri. - NSTP/Nur Izzati Mohamad




BUTTERWORTH: Biarpun mahligai dibina bersama Allahyarham Badrul Muhayat, 55, hanya enam bulan, namun tempoh itu disifatkan satu pinjaman paling berharga dan tiada tolok gantinya buat isterinya, Norhayati Zulkapli, 50.

Sah dengan ikatan suami isteri pada 18 April lalu, Norhayati berkata, Allah mengurniakan suami yang sangat baik untuknya, pasti akan dikenang sampai bila-bila.

Norhayati berkata, arwah juga tidak pernah lupa mendoakan kesejahteraan orang di sekelilingnya.




"Arwah jumpa orang sentiasa doakan dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan hanya doa yang baik-baik sahaja.

"Bagi saya, arwah adalah insan paling terbaik yang dipinjamkan Allah kepada saya dan tiada tolok gantinya.

"Semasa melihat jenazahnya, saya juga tahu arwah seorang yang baik kerana tidak lekang dengan senyuman, seolah-olah sedang tidur," katanya ketika ditemui di luar Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, hari ini.



Norhayati turut mengiringi jenazah arwah Badrul yang dibawa pulang ke Kuala Lumpur. - NSTP/Nur Izzati Mohamad
Menceritakan detik kejadian pemergian arwah suaminya, Norhayati berkata, dia tidak menyangka kejutan kali kedua bermakna dia bercakap dengan orang yang sudah tidak bernyawa.

"Mulanya, saya kejut jam 7.30 pagi, tetapi arwah cakap nak rehat sekejap sebab penat. Namun, kali kedua sekitar jam 10.50 pagi iaitu selepas tiga jam saya kejut arwah sekali lagi.

"Masa itu, saya pelik kenapa badan arwah ada tompok darah, saya pegang dahinya sejuk dan tengok tangannya kelihatan warna hitam. Saya tidak sedap hati, lalu menjerit meminta pertolongan Zazly Baginda dan isterinya, Aida Aris yang menyewa sekali di inap desa.

"Mereka menghubungi hospital, sebelum ada kakitangan datang membuat teknik bantuan asas hayat (CPR) selama 30 minit, kemudian memaklumkan suami tidak dapat diselamatkan," katanya.

Jelasnya, dia dan arwah ke Pulau Pinang untuk menyertai karnival anjuran UDA Holdings Bhd (UDA) di Jalan Baru, Perai, bermula semalam.

"Selepas selesai karnival ini, esok, kami bercadang untuk ke Kulim, Kedah termasuk Perlis untuk bercuti, tetapi tak sangka sebaliknya berlaku.

"Bagaimanapun, saya reda dengan takdir ini dan mahu urusan pengebumian arwah dipercepatkan," katanya.

Jenazah Allahyarham Badrul akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Kuala Lumpur kira-kira jam 8 pagi esok.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2023 01:15 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.116530 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list