CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12882|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jenazah Allahyarham Badrul dihantar ke Kuala Lumpur, kebumi esok

[Copy link]
Post time 28-10-2023 10:13 PM | Show all posts |Read mode
Jenazah Allahyarham Badrul dihantar ke Kuala Lumpur, kebumi esok


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



JENAZAH Allahyarham Badrul dibawa pulang ke rumah isterinya di Sentul, Kuala Lumpur untuk proses pengebumian esok. FOTO Nur Izzati Mohamad




Butterworth: "Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu memudahkan urusan suami saya. Saya reda atas takdir ini.

"Arwah suami saya seorang yang sangat baik dan dia sentiasa mendoakan orang di sekelilingnya," kata Norhayati Zulkapli, 50, ketika ditemui selepas selesai pengurusan jenazah suaminya, Allahyarham Badrul Muhayat di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini.

Sebelum itu, jenazah aktor berusia 55 tahun berkenaan dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian kira-kira 5 petang tadi sebelum dimandi dan dikafankan di HSJ.

Jenazah Allahyarham Badrul kini penghantaran ke rumahnya di Sentul, Kuala Lumpur untuk proses pengebumian

Penghantaran jenazah yang diiringi Norhayati bertolak ke Kuala Lumpur kira-kira 7.45 malam dan dijangka tiba sekitar 11 malam ini.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan Unit Forensik HSJ, di sini, selepas jenazah pelakon popular itu dibawa keluar untuk dibawa masuk ke dalam kenderaan jenazah.

Dalam pada itu, Norhayati berkata, dia mahu urusan pengebumian suaminya dipercepatkan dan sudah menghubungi pihak pengurusan masjid untuk tindakan selanjutnya.

Jenazah Allahyarham Badrul akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda kira-kira jam 8 pagi esok.

Terdahulu, media melaporkan aktor berkenaan meninggal duniadalam tidur di sebuah inap desa di Permatang Pauh, dekat sini, pagi tadi



Disiarkan pada: Oktober 28, 2023 @ 9:21pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.046691 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list