CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1012|Reply: 0

[Kedah] Lelaki maut dengan kesan tetakan di tepi kebun getah

[Copy link]
Post time 27-10-2023 08:09 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki maut dengan kesan tetakan di tepi kebun getah


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Oktober 27, 2023 @ 7:56pm bhnews@bh.com.my




Mayat lelaki warga asing ditemukan dengan kesan tetakan di tepi jalan Kampung Sirako-Tebing Tinggi, dekat Kupang, Baling. - Foto Ihsan PDRM




Baling: Seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan tetakan pada tengkuk di tepi kebun getah yang dikelilingi semak di jalan arah Kampung Sirako-Tebing Tinggi, dekat Kupang, di sini pagi tadi.

Mayat dipercayai warga asing itu ditemui berhampiran sebuah motosikal yang terbalik sebelum ia dimaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata sepasukan anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 9.30 pagi.

"Lokasi kejadian tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan identiti mangsa belum dikenal pasti, namun si mati dianggar berusia sekitar awal 40-an.

"Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada badan si mati dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya memaklumkan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat.

Shamsudin berkata, susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai pengusaha kebun sayur, selain lima warga asing di kawasan kebun yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.189721 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list