CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 934|Reply: 0

[Perlis] 'Hanya kenyataan peribadi'

[Copy link]
Post time 27-10-2023 04:33 PM | Show all posts |Read mode
'Hanya kenyataan peribadi'


Oleh Aizat Sharif - Oktober 27, 2023 @ 4:26pm bhnews@bh.com.my




Izizam Ibrahim (kiri) dan Abu Bakar Hamzah




ARAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perlis diingatkan tidak menjadi 'batu api' menghangatkan lagi isu dakwaan berlaku pergolakan dalam Perikatan Nasional (PN) di negeri itu.

Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) BERSATU Negeri Perlis, Izizam Ibrahim berkata, kenyataan Ketua BPN BERSATU Perlis, Abu Bakar Hamzah mendakwa wujud rasa tidak selesa dalam gabungan PN negeri itu ekoran pergolakan dalaman yang berlaku dalam PAS Perlis itu lebih menjurus kepada kenyataan peribadi ADUN Kuala Perlis itu sahaja.

"Kenyataan beliau (Abu Bakar) itu lebih bersifat peribadi dan bukannya mewakili parti ini cuma saya ingin ingatkan di sini bahawa jangan jadi 'batu api' sedangkan 'rumah sendiri bocor' kita tak nampak sebaliknya 'rumah orang lain bocor' pula kita lebih nampak.

"Bagi saya, perkara ini tidak perlu diperbesarkan sebaliknya sekiranya ada masalah dalaman selesaikan secara dalaman dan saya tidak nampak sebarang kemelut atau pergolakan yang terjadi dalam PAS.

"Mungkin jika ada pun, ia lebih bersifat kepada rasa tidak puas hati peribadi masing-masing dan bukanlah sehingga mengganggu gugat kestabilan PAS atau PN Perlis itu sendiri," katanya ketika dihubungi hari ini.

Izizam yang juga Bendahari PN Perlis merangkap ADUN Titi Tinggi dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis berkata, ada banyak lagi perkara yang seharusnya ditumpukan pada waktu ini demi pembangunan negeri dan rakyat daripada berterusan memainkan sentimen politik yang tidak berfaedah seperti ini.

"Mengenai pergolakan dalaman PAS, sekiranya wujud, saya mewakili parti tidak akan mencampuri hal ehwal dalaman mereka dan dalam hal ini sepatutnya kita selaku ahli dalam gabungan ini bekerjasama dengan 'menjaga rumah masing-masing'.

"Hal dalaman, biarlah tuan rumah itu sendiri yang selesaikan, mengapa pula kita yang hendak lebih," katanya.

Sebelum ini PAS Perlis menafikan dakwaan berlaku pergolakan dalaman parti berkenaan di negeri itu pada waktu ini namun mengakui ada ADUN dalam PN negeri itu yang terus menerus 'menghentak' pentadbiran kerajaan negeri.

Ini adalah susulan kenyataan Abu Bakar yang juga Naib Pengerusi 1 PN Perlis dengan menyatakan bahawa wujud rasa tidak selesa dalam gabungan PN negeri itu ekoran pergolakan dalaman yang berlaku dalam PAS Perlis.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, tiada pergolakan dalaman PAS berlaku di Perlis namun pihaknya sedar kewujudan segelintir Adun PN negeri itu yang berterusan mengkritik kerajaan negeri.

Dalam ucapan penggulungan Muktamar Pas ke-69 di Shah Alam pada Ahad lalu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli parti tidak menjadi 'penebuk kapal' yang mampu menjatuhkan kerajaan diperintah PAS.

Menurutnya, walaupun terdapat kelemahan di negeri yang diperintah parti itu, semua ahli perlu bersama memperbaikinya bukan bertindak mendedahkan kepada lawan.

Selain Perlis, PN turut mentadbir Kedah, Kelantan dan Terengganu







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.062627 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list