View: 1649|Reply: 10
|
Ustaz Amang Seksual Murid Usia 12 Tahun
[Copy link]
|
|
IPOH – Seorang guru bahasa Arab dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan amang seksual fizikal ke atas anak murid lelaki berusia 12 tahun, Jun lalu.
Tertuduh, Abdul Halim Ismail, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh yang dipanggil ustaz itu didakwa melakukan amang seksual fizikal di dua lokasi berasingan.
Lokasi tersebut ialah di sebuah rumah peranginan di Pulau Pangkor pada pukul 10 hingga 11 malam pada 28 Jun 2023 dan di sebuah bilik di sebuah resort di Pulau Pangkor pada pukul 10 hingga 12 malam, 30 Jun 2023.
Pertuduhan terhadap tertuduh yang masih bujang itu dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 27 akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Nabihan Shahrir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Amirah Nabihan tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh namun lelaki itu memohon jumlah ikat jamin minimum atas alasan perlu menjaga ayah yang sedang sakit serta adik-beradiknya yang susah.
 Foto: kosmo
Hilmiah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin selain dilarang mendekati dan mengganggu mangsa.
Mahkamah juga menetapkan 5 Disember depan untuk tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak PM gay tua dapat kuasa, makin berani golongan gay menonjolkan diri |
|
|
|
|
|
|
|
tak dikira qazaf ka tuduh macam ni? Hmm.. |
|
|
|
|
|
|
|
Eww.. ustad pedo.
PU Syit tak mau komen ka.kalo bab retiss x pakai tudung bukan main laju ko mengomen kann |
|
|
|
|
|
|
|
mmg takde kesudahan kes2 gay penunggang agama ni. |
|
|
|
|
|
|
|
always_typo replied at 27-10-2023 03:29 PM
tak dikira qazaf ka tuduh macam ni? Hmm..
Qazaf tu khas untuk PMX je... Walaupun orang sekadar menyebut semula keputusan sabitan meliwat jubor orang oleh mahkamah yg bebas dan mulia. |
|
|
|
|
|
|
|
Dugaan org beriman? Sentiasa lemah dengan pussy budak / lubang dubur budak atau fetish lobang sempit?? |
|
|
|
|
|
|
|
Ini semua salah Coldplay...kata walaun2  |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah pening dengan CI ni.
Forummer xde nama dok up thread lama
|
|
|
|
|
|
|
| |
|