Pelakon Ellie Suriaty mendedahkan dia pernah diganggu individu berstatus golongan VVIP ketika bekerja sebagai seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan.
Ellie berkongs perkara itu menerusi temu bual bersama penyanyi, Zarul Umbrella.
Katanya, kejadian berlaku ketika dia sedang melayani penumpang 'first class' di dalam pesawat.
Kata pengarah berumur 53 tahun ini, VVIP itu sangat dikenali serta memegang status suami orang.
"Ada satu masa, saya nak kena mengorat dengan somebody, VVIP. Saya tak perasan sangatlah sebab kita serve penumpang kan. Bila penumpang tanya, kita jawab la.
"Tapi saya tahu dia dah kahwin. Saya tetap be very pleasant. Kita tak boleh ada double standard," katanya.
Ceritanya lagi, individu berpengaruh itu telah menghantar pembantunya untuk bertemu dengannya bagi mendapatkan nombor telefon.
Bagaimanapun, Ellie tidak menuruti permintaan tersebut lalu ‘bersembunyi’ di dalam bilik air.
"Bila kita landing, semestinya kawan yang sebelah tersengeh-sengeh. Saya faham sangat. Tapi kita buat tak tahu dan tak reti.
"Bila dah landing, lampu seatback off, first class akan keluar dulu. Kemudian, diikuti dengan economy class. Ada assistant dia datang cari saya dan minta contact number saya untuk bos dia.
"Saya cakap sekejap lalu masuk ke bilik air. Tak keluar-keluar," ujarnya.
Sumber: Oh Bulan, TikTok Zarul Umbrella
|