|
View: 5190|Reply: 23
|
A.Aida Berputih Mata, Amelia Henderson Tak Perlu Bayar RM200,000
[Copy link]
|
|
|
Isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu, Amelia Henderson berjaya dalam rayuannya bagi mengetepikan bayaran ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd.
Pesuruhjaya Kehakiman Leong Wai Hong memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Amelia selaku pemohon dalam rayuan itu selain telah meneliti segala rekod rayuan secara maksima dan hujah daripada kedua-dua belah pihak.
Bagaimanapun mahkamah memerintahkan Amelia perlu membayar ganti rugi nominal RM10,000 dalam tempoh 14 hari dan faedah 5 peratus kepada syarikat produksi bermula hari ini (keputusan dibuat).
 Foto: IG
Dalam prosiding secara dalam talian itu, Amelia diwakili peguam Mansheel Kaur manakala peguam Ashmadi Othman mewakili syarikat produksi itu selaku responden.
Sebelum ini, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson, 28, telah memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd pada 18 April lalu.
Antara alasan utama dalam rayuan itu, adalah terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Sesyen Sivil sebelum ini.
Pada 7 April lalu, Amelia diperintah membayar ganti rugi lebih RM200,000 terhadap syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd.
Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan syarikat produksi itu selaku plaintif terhadap saman yang dikemukakan kepada Amelia selaku defendan.
Penghakiman di Mahkamah Sesyen itu mengatakan mahkamah mendapati Amelia telah diikat dengan kontrak yang ditandatangani dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali.
Selain itu, Penghakiman mahkamah juga mendapati Amelia sendiri bersetuju membintangi drama itu selain turut bersetuju watak yang ditawarkan iaitu “Aira” yang mana Amelia adalah heroin dalam drama tersebut.
Justeru mahkamah memerintahkan Amelia membayar ganti rugi am selain faedah 5% kepada plaintif yang kesemuanya berjumlah lebih RM200,000.
Bagaimanapun pada Ogos lalu, Amelia berjaya dalam permohonannya untuk menangguhkan permohonan maaf dan bayaran ganti rugi lebih RM200,000 terhadap syarikat produksi A.Aida Production. Mahkmah Sesyen Sivil itu membuat keputusan tersebut selepas membenarkan rayuan Amelia selaku pemohon.
Sementara itu, berhubung pembayaran ganti rugi lebih RM200,000, mahkamah turut membenarkan penangguhan bayaran tersebut.
Bagaimanapun mahkamah memerintahkan agar wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun bersama yang akan dikendalikan oleh kedua-dua firma guaman yang mewakili syarikat produksi itu dan Amelia.
Untuk rekod sepanjang perbicaraan yang bermula 1 November tahun lalu, seramai tiga saksi daripada plantif termasuk A.Aida atau nama sebenarnya Datuk Zaidah Awang, 53, dan tiga saksi defendan termasuk Amelia sendiri hadir untuk memberi keterangan.
Sementara Amelia tetap dengan pendirian menafikan melanggar kontrak ketika dia menerima tawaran dan membintangi drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.
Sebelum ini media melaporkan Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan dengan tindakan saman daripada A. Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.
Bagaimanapun, saman melibatkan A.Aida dan Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes saman itu. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Phewwww
Jadi tak perlu buat permohonan maaf seperti yang dituntut lah ye |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
win-win lar kot
tetap ada bayaran yg perlu dibuat
tak semua kos berjaya diketepikan
congrats for standing up for yourself, ni baru betul ada backbone |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dlm kes nie, bayaran ganti rugi tak perlu dibayar, tapi permohonan maaf tu camna pulak?
Kira Amelia bayar ganti rugi untuk deposit yg dia dah terima ke? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
So Amelia tak salah lah?
Tiada perlanggaran kontrak? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow jauh tu bezanya dgn yg asal. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Menang pulak minah ni.. so nek Aida.. pas ni x yah pilih rupa sgt time cari heroin.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kos guaman nek aida pun sheols tak payah bayar la yach?
rugi la nek aida...
lain hakim lain verdict yach... walaupon fakta kes sama takde new evidence |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
I dah agakkkk dari Mula x mungkin nek Aida boleh dpt 200k saman tu, sbb alasan Amelia tarik diri ada sbb yg relevant, cuma lawyer x fight habis mase memula tu.
Tapi sbb apa dia tarik diri dari kontrak tu..ada sbb yg munasabah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus lawyer diaaaa buat kerja. tahniah AME |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku x suka nek Aida ni..sbb kemain aritu berlagak sungguh seolah org yg kaya berduit ni mampu nak buat apa aje. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lavender_Violet replied at 27-10-2023 10:35 AM
So Amelia tak salah lah?
Tiada perlanggaran kontrak?
I rs ttp salah & ada perlanggaran kontrak.. Cuma hakim rayuan trnkn kos ganti rugi tu dr 200k ke 10k je.. Ni semua permainan dlm mahkamah... Salah documentation ckit blh buat kita kalah.. Thts why lawyer n team memainkan peranan.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bayar rm10k with interest tu sekli nafas je |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kuarkan buku cheque byr trs AME... ttp kes n move on trs. jimat byk dahhh tu  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
percayalah....turun naik mahkamah ini merugikan, yg untung barisan peguam. kalah atau menang tetap dibayar. itu sbb ramai kaki fitnah tak kisah memfitnah sbb org yg difitnah kena pikir byk kali nak bayar kos peguam. klu menang pun duit yg dapat mungkin tak cukup nak tampung kos guaman. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
celah gigi ame ja RM10k tu
secara x lgsg aedy pun lega la ye dok?
kalu x kena share sesama ngan ame tulun bayor...kata sayammmm 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
So maksudnya, ame ni tetap salah dan kalah la kan? Cuma bayaran 200k tu jd 10k je. Mintak maaf stil kena mintak maaf. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ame ni jenis sweet lembut tapi man of steel .. jenis ada pendirian susah nak di gula-gulakan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
yup... despite dia tak belajar tinggi, bak kata para netizens, tapi bila otak pandai, datang dari keluarga yg pandai, maka dia tau nak handle dan jaga imej dia.....
untuk Ame, dia bukan semudahnya diperkotak-katikkan oleh produser or orang dalam industri... dia tau apa yg dia buat dan apa yg dia nak and dia tak takut nak hire lawyer or lawan klu dia tau dia ada chance nak menang... dia buat bukan sebab nak tunjuk yg dia memang betul, tapi dia buat sbb dia nak semua produser respect cara pelakon cari makan... respect masajadual yg pelakon dan aturkan sebab tuh punca pencarian derang... and dia percaya rezeki tuh bukan pada produser, tapi pada tangan Allah....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|