CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1707|Reply: 0

[Kedah] Banjir kilat, tiga PPS dibuka di Kedah

[Copy link]
Post time 27-10-2023 12:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 27-10-2023 12:34 AM

Banjir kilat, tiga PPS dibuka di Kedah


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Oktober 27, 2023 @ 12:22am bhnews@bh.com.my




Anggota APM Baling melakukan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir yang terperangkap di daerah itu. - FOTO IHSAN APM




ALOR SETAR: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini iaitu dua di daerah Baling dan satu di Bandar Baharu susulan banjir kilat yang melanda hari ini.

PPS di daerah Baling dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bayu dan SK Siong untuk menempatkan mangsa banjir yang dalam proses pemindahan malam ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Abd Aziz, berkata 31 rumah di sembilan kampung dilapor terjejas akibat banjir kilat berikutan hujan berterusan sejak jam 5.30 petang tadi.


Anggota APM Baling melakukan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir yang terperangkap di daerah itu. - FOTO IHSAN APM





Beliau berkata, antara kampung terbabit ialah Kampung Siput, Kampung Baru, Kampung 8, Kampung Sri Ketengga, Kampung Bukit Sebelah, Kampung Cenerai, Kampung Batu 60, Kampung Kuala Kedua dan Kampung Memali.

"Seramai 20 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling bersama dua pegawai terbabit dalam operasi pemindahan mangsa.

"Proses membantu mengeluarkan mangsa masih dilakukan bersama agensi menyelamat ketika ini," katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Mohd Faizol berkata, pemantauan dilakukan secara berterusan dan cuaca masih hujan di beberapa tempat sekitar daerah ini manakala paras Sungai Baling dalam keadaan berjaga-jaga.

Katanya, seramai 53 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bonggor, 20 guru pengiring dan tujuh fasilator serta 70 pelajar dan 29 guru pengiring SK Seri Perdana Kota Setar yang mengadakan perkhemahan di kawasan itu, dipindahkan ke tempat selamat sebagai langkah berjaga-jaga.

Sebuah PPS turut dibuka di daerah ini yang menempatkan sembilan mangsa daripada tiga keluarga.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin, berkata lima rumah terjejas banjir di Kampung Cherok Meranti namun hanya tiga keluarga berpindah ke PPS.

Katanya, tiga keluarga terbabit dipindahkan ke PPS Masjid Sungai Batu yang dibuka jam 9.30 malam ini.

"Limpahan dari Sungai Selama adalah antara faktor utama kawasan Kampung Cherok Meranti dinaiki air," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.060904 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list