CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2271|Reply: 0

[Perak] 10,578 ditahan, dadah RM49 juta dirampas

[Copy link]
Post time 26-10-2023 11:40 AM | Show all posts |Read mode

Majlis Perasmian Pelupusan Barang Kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak Tahun 2023 di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak. FOTO L. MANIMARAN

Ipoh: Seramai 10,578 individu ditahan polis bagi pelbagai kesalahan berkaitan dadah di Perak sepanjang tahun ini membabitkan rampasan dadah bernilai RM49 juta.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata 1,891 individu ditangkap bagi kesalahan mengedar dadah, termasuk 559 mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman mati.

Menurutnya, 76 individu ditangkap mengikut Akta Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985 yang kebanyakannya adalah dalang atau perancang serta 'financier' (pembiaya) sindiket yang ditumpaskan.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri juga membongkar lapan makmal haram memproses dadah serta menahan seramai 21 individu.

"Bagi tangkapan memiliki dadah, 8,611 individu ditangkap iaitu peningkatan sebanyak tujuh peratus. Jumlah rampasan dadah tertinggi adalah Erimin 5, heroin dan syabu," katanya kepada pemberita di Perasmian Pelupusan Barang Kes JSJN Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.

Dadah dengan nilai RM2.11 juta dilupuskan dengan dihantar kepada sebuah syarikat pelupusan sisa pepejal yang berpangkalan di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan selaku kontraktor yang dilantik, membabitkan 3,706 kes yang selesai daripada 2007 hingga 2023.

Kata Azizi, daripada 5,117 kertas siasatan yang dibuka mengikut ADB 1952 dan Akta Racun 1952 setakat September lalu, 4,908 kes selesai menjalani pertuduhan di mahkamah yang menyaksikan 96 peratus pencapaian.

Nilai sitaan harta mengikut Akta Pelucuthakan Harta 1988 merekodkan RM7.5 juta meliputi rumah, tanah, barang kemas, kenderaan dan akaun bank.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -rm49-juta-dirampas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.894228 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list