CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3932|Reply: 12

Wanita Rasa Terhina Dengan Bos Kedai Emas, Hari Pertama Bekerja Dah Kena Pecat!

[Copy link]
Post time 26-10-2023 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita mendedahkan dia dipecat pada hari pertama bekerja.


Dia memaklumkan memohon pekerjaan di sebuah kedai emas di selatan tanah air bagi jawatan eksekutif pemasaran.


Foto: mStar




“Kedai emas ni buka jawatan kosong, saya mohon. Mereka telefon untuk temuduga, saya datang. Saya diterima kerja dengan gaji yang dipersetujui.


“Hari ini hari pertama saya kerja. Mereka sangat baik menyapa saya. Pada mulanya saya fikir ini adalah tempat kerja yang sangat baik, dan fikir saya datang kerja di sini untuk membantu meningkatkan jualan mereka.


“Sudah tentu kita merancang untuk mengembangkan syarikat. Tapi kita merancang, Allah juga merancang. Tak sampai setengah hari mereka jumpa saya dan cakap nak bagi percubaan seminggu,” tulisnya menerusi satu video.


Di sebelah petang,  wanita terbabit dimaklumkan bahawa dia tidak mencapai jangkaan mereka sedangkan tiada skop tugasan diberikan.


Situasi yang berlaku ternyata membuatkan dia marah, sedih dan terkejut, serta kesal dengan tindakan segelintir pihak yang begitu mudah menilai dan menolak orang lain dalam masa sehari.


“Semudah tu je. Kalau tak nak ambil pekerja, jangan buka tawaran kerja dan jika saya tidak layak sekalipun, tolaklah semasa saya hadir untuk temuduga.


“Sekarang saya sudah keluarkan duit bayar taska untuk anak supaya urusan kerja saya tidak terganggu, dan saya sekarang kehilangan kerja. Ya Allah pedih.


“Tolonglah jangan simply ambil orang, dan reject macam tu. Jangan buat orang macam tak ada nilai,” luahnya.


Masih bersedih, dia mempertikaikan sikap majikan yang sewenang-wenangnya mengambil orang bekerja dan memberhentikannya tanpa belas kasihan.


Menerusi video berdurasi 33 saat itu, dia turut mengakui rasa amat terhina kerana dipecat secara tiba-tiba pada hari pertama.


“Anda pernah kena buang kerja macam ni? Apa yang mereka expect untuk sehari bekerja? Sedangkan saya buat apa yang mereka nak. Rasa hina sangat.


“Ada yang komen minta saya ambil tindakan, sebenarnya saya tak nak besarkan kes sebab saya percaya apa yang orang buat kat kita tu, biarlah Allah yang balas. Sekarang saya dah move on, Alhamdulillah.


“Dan saya akan upgrade skil saya apabila orang kata saya tak boleh buat kerja, tak pandai. Apa saja orang mengata, saya ambil itu sebagai satu inisiatif untuk saya terus belajar mencari lebih banyak ilmu untuk saya beri manfaat kepada orang lain,” katanya lagi.


Dalam perkembangan terbaharu yang dikongsi menerusi story di TikTok pada Rabu, dia mengakui masih menganggur dan kini mengalami kesempitan wang.


Walau bagaimanapun dia tidak mengenal erti berputus asa dan terus mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan kehidupan bersama keluarga.


“Saya masih tak kerja lagi. Duit dalam akaun bank dan kering kontang. Insya-Allah, tetap berusaha tanpa jemu,” katanya lagi yang berjinak-jinak berniaga secara dalam talian. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2023 11:39 AM | Show all posts
kedai apa wei
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Lopes ni adele rezeki ko
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Marketing style baru ke??
Kata kulagi sambil berjinak jinak niaga atas talian...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Festime dgr gini.
Hasanah sungguh.
Bidio 33saat jd isu semasa.
Babi sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk promote business online ker tu? Jual la sedih jual la simpati sampai bila pun takkan maju.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2023 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ape2 pun kite nak tau jugak name kedai emas tu..boleh kite boikot ala yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
kedai emas kota tinggi..
kata siap dapat jual 2 barang lagi haritu tapi kene pecat jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2023 05:29 PM | Show all posts
Style marketing sampah jangan dilayan weh..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 07:16 PM | Show all posts
Dah pernah kena.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 02:40 PM | Show all posts
semoga diberi kekuatan
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 10:31 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 03:50 AM | Show all posts
Aku dah pening dengan CI ni.
Forummer xde nama dok up thread lama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.058800 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list