CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1979|Reply: 0

Jom Ngail Keli di PD tawar hadiah RM23,350

  [Copy link]
Post time 26-10-2023 10:16 AM | Show all posts |Read mode

EXCO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Faizal Ramli (dua dari kiri) bersama Muhammad Hafiz Sheikh Taufik menunjukkan risalah pertandingan memancing Jom Ngail Keli di PD. - Foto ihsan pembaca


PORT DICKSON: Hadiah wang tunai berjumlah RM23,350 ditawarkan kepada peserta Pertandingan Memancing Jom Ngail Keli di Kolam Patin Desa PD, Rantau, dekat sini, pada 5 November ini.


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital negeri, Datuk Mohd Faizal Ramli berkata hadiah sebanyak RM10,000 bakal diberikan kepada juara pertandingan berkenaan.

Katanya, pihaknya menyokong usaha Kolam Patin Desa PD menganjurkan pertandingan itu dan berharap orang ramai khususnya peminat aktiviti memancing tidak melepaskan peluang menyertainya.

"Hadiah yang ditawarkan lumayan dengan masa pertandingan hanya empat jam. Jadi kita berharap peluang ini tidak dilepaskan pemancing kerana ia juga satu aktiviti sihat yang berkonsepkan riadah keluarga.

"Dalam masa sama, saya berharap kaki pancing sekitar Lembah Klang terutamanya di seluruh Negeri Sembilan dan kawasan berdekatan seperti Port Dickson, Linggi, Seremban, Senawang dan Rembau tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan ini.

"Ini peluang terbaik mereka untuk sama-sama merasai sendiri kolam yang hampir dua tahun tiada penganjuran pertandingan," katanya yang menjangkakan kira-kira 900 peserta bakal menyertainya.

Sementara itu, Pengurus Kolam Patin Desa PD, Muhammad Hafiz Sheikh Taufik, berkata kolam berkenaan sentiasa menjadi pilihan kerana keunikannya.

Katanya, kolam itu mengandungi lebih 14 pelbagai spesies ikan seperti talapia merah/hitam, lampam, rohu, jelawat, lee koh, tongsan sisik kasar/halus, pacu, haruan, patin biasa/mekong, baung dan keli seberat tiga hingga enam kilogram.

"Juara bakal membawa pulang RM10,000 manakala naib juara RM2,000 dan tempat ketiga RM1,000 serta tempat ke empat (RM400)," katanya sambil menjelaskan pertandingan bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Muhammad Hafiz berkata pendaftaran boleh dibuat di meja urusetia pada 4 November ini di lokasi pertandingan mulai jam 3 petang hingga 7 malam dan keesokannya kaunter dibuka dari jam 7 hingga 10 pagi.

Katanya, pertanyaan lanjut berkaitan pertandingan boleh menghubungi urusetia di talian 012-3701717, 012-3494894, 013-2661077, 012-3554946 atau 012-2846811 atau dengan melayari laman sosial facebook.com/jorankl.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.211980 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list