View: 2602|Reply: 0
|
Cakap tak serupa bikin, ALLAH benci orang yang tak beramal dengan apa yang dia cakapkan
[Copy link]
|
|
Cakap tak serupa bikin, ALLAH benci orang yang tak beramal dengan apa yang dia cakapkan
“JANGAN tengok apa yang dia buat, tapi dengarkan apa yang dia nasihatkan kepada kita.”
Ayat tersebut sering kali kita dengar dituturkan oleh orang di sekeliling. Kadang-kadang rasa macam tak boleh terima pula.
Apa tidaknya, kita disuruh buat begitu dan begini, tapi orang yang menasihati kita tadi langsung tak mencerminkan apa yang diperkatakannya dan tidak sebegitu sifatnya. Macam manalah orang nak ikut.
Orang ‘naik’ menyampah lagi adalah. Itu yang selalu orang gelar sebagai ‘cakap tak serupa bikin’. Sabar sajalah kalau jumpa orang macam ini ya.
Tapi dalam Islam, bukan ke ALLAH SWT tak suka manusia yang hipokrit? Bagaimana kalau nasihat yang diberikan orang itu tidak seiring dengan usaha untuk berubah? Apa pandangan Islam tentang perkara ini?
Ya, memang benar ALLAH tidak menyukai orang yang berkata-kata, tetapi tidak melakukan seperti apa yang dituturkannya.
Dalam erti kata lain, orang tersebut sering menasihati orang lain, tetapi dirinya sendiri tidak berubah dan mengikuti apa yang telah dia nasihatkan.
FIRMAN ALLAH SWT: “WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! MENGAPA KAMU MEMPERKATAKAN APA YANG KAMU TIDAK MELAKUKANNYA. AMAT BESAR KEBENCIANNYA DI SISI ALLAH – KAMU MEMPERKATAKAN SESUATU YANG KAMU TIDAK MELAKUKANNYA.” (SURAH AL-SAF, AYAT 2-3)
Daripada ayat ini, dapat difahami bahawa setiap apa yang kita tuturkan, perlulah diselangi dengan amal. ALLAH SWT membenci orang yang tidak beramal dengan apa yang dituturkan.
Selain itu, Nabi Muhammad SAW telah memberi dan menunjukkan kepada kita panduan dalam beramal.
DALAM SEBUAH YANG DIRIWAYATKAN OLEH ‘AISYAH RA, BAHAWA NABI MUHAMMAD SAW BERSABDA: “WAHAI SEKALIAN MANUSIA! HENDAKLAH KALIAN BERAMAL MENURUT KEMAMPUAN KAMU KERANA ALLAH SWT TIDAK AKAN PERNAH BOSAN SEHINGGA KALIAN SENDIRI YANG BOSAN. SESUNGGUHNYA AMALAN YANG PALING DISUKAI ALLAH SWT, ADALAH AMALAN YANG DIKERJAKAN SECARA BERTERUSAN MESKIPUN SEDIKIT.” (RIWAYAT MUSLIM)
Justeru, kita kena jadi manusia yang cakap biarlah serupa bikin. Tiada masalah nak nasihat orang lain, asalkan apa yang kita nasihatkan itu pun kita lakukan.
Setidak-tidaknya tunjukkanlah contoh yang baik. Barulah orang pun respect dengan nasihat yang dilontarkan. Kita pun seronok nak dengar nasihat daripadanya lepas ini.
Kalau boleh, biarlah amal yang kita lakukan itu istiqamah sampai bila-bila walaupun hanya sedikit.
Seperkara lagi, janganlah sebarkan lagi frasa yang menyatakan bahawa ‘perlu menerima nasihat walaupun daripada seorang pelacur’ yang didakwa sebagai sebuah hadis.
Sebenarnya, frasa berkenaan tidak dijumpai dalam mana-mana kitab hadis. Tidak diketahui akan matannya dan rawi hadis tersebut.
Justeru, jangan memandai-mandai pula gunakan frasa ini sesuka hati ya. Berdosa tau sebar hadis palsu.
Sumber:https://sinarplus.sinarharian.co ... -yang-dia-cakapkan/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|