CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1554|Reply: 0

Aaron-Wooi Yik Tarik Diri Terbuka Perancis Kerana Cedera

[Copy link]
Post time 25-10-2023 11:42 PM | Show all posts |Read mode
Petaling Jaya: Pemenang Terbuka Denmark, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menarik diri daripada Kejohanan Badminton Terbuka Perancis yang bermula, kelmarin, ekoran kecederaan paha yang menimpa Wooi Yik.




Beregu No. 1 negara itu sepatutnya turun beraksi menentang pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin pada pusingan pertama, semalam.






Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, masalah kecederaan yang dialami Wooi Yik telah mula dirasakan sewaktu beraksi pada separuh akhir Terbuka Denmark lagi.





“Wooi Yik cuba paksa untuk sampai final dan sampai juara, selepas itu kita ada buat satu perjalanan yang cukup memenatkan.





“Kita menaiki keretapi dari Copenhagen menuju ke Paris dan dari Paris kami ke Nantes, kemudian dari Nantes ke Rennes, perjalanan cukup penat, keesokkan pagi semasa berlatih Wooi Yik mengadu sakit di pahanya semakin teruk,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.





Menurut Rexy, menerima aduan daripada Wooi Yik membuat dia terfikir untuk menimbangkan tidak menurunkan beregu bimbingannya itu pada Terbuka Perancis.





“Kita tunggu sampai pagi, hari ini (semalam), baru buat keputusan dan Wooi Yik sendiri memutuskan dia tak boleh main.





“Takut akan burukkan lagi kecederaan dia, walaupun keputusan daripada pasukan fisio kecederaan Wooi Yik tidak teruk, tapi kalau dipaksa dalam permainan akan ambil risiko kerana proses penyembuhan tidak cukup,” ujarnya.





Menurut Rexy, keputusan menarik diri diambil bagi membuka ruang kepada Wooi Yik untuk menjalani proses pemulihan yang sewajarnya.





Hujung minggu lalu, gandingan No. 4 dunia, Aaron-Wooi Yik menamatkan kemarau penantian selama enam tahun apabila merangkul gelaran sulung pada Jelajah Dunia di Terbuka Denmark selepas menewaskan beregu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana 21-13, 21-17.





Sumber: Utusan



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.035641 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list