|
Aishah Azman, 27, kata setiap manusia haruslah percaya bahawa rezeki itu adalah kurniaan Allah SWT dan pilihan untuk menutup aurat tidak akan menjadi penyebab punca rezeki hilang.
“Rezeki dari Allah, rezeki itu luas. Tak akan jadi penyebab kalau tutup aurat semua punca rezeki kita tertutup. Mungkin ada sebab atau dosa lain yang buat rezeki kita tertutup. Jadi kenapa perlu salahkan perkara baik yang kita buat? Tak masuk akal.
Foto: IG
“Selalulah bersangka baik dengan Allah. Insya-Allah, yang baik-baik juga akan datang pada kita,”katanya kepada Utusan Malaysia.
Dia bersyukur kerana kali pertama memasang niat untuk bertudung, dia dikurniakan perasaan yang lapang dan urusannya dipermudahkan.
“Sejak hari pertama, sehinggalah ke hari ini saya pakai tudung, Alhamdulillah tak pernah rasa bertudung itu beban. Tetapi saya selalu tanamkan dalam diri yang menutup aurat itu perintah Allah.
“Jadi, automatik diri ini jadi takut nak persoalkan apa yang diperintah Maha Pencipta kita. Tak ada Dia, tak akan wujud kita semua dekat dunia ini. Siapa kita nak pertikaikan perintah Dia sedangkan banyak sangat nikmat yang Dia bagi dekat kita.
“Kalau kita fahamkan sudut baiknya bila menjaga aurat ini, Masha-Allah, banyak indahnya dan tak ada satu pun yang mendatangkan keburukan,”katanya.
Dalam pada itu, melihat kepada situasi artis yang buka tudung kemudiannya mendapat kecaman dan cemuhan orang, Aishah memohon supaya setiap individu bersikap baik dengan mendoakan kesejahteraan mereka terbabit.
“Selalulah doakan yang baik-baik untuk mereka. Mungkin itu ujian yang Allah hantar untuk mereka dan untuk kita juga. Iman manusia ini turun naik mendadak. Apa yang saya buat untuk kekal istiqamah adalah cuba perbaiki solat.
“Selain itu, saya juga selalu hadirkan diri ke kelas-kelas agama untuk tambah ilmu di dada. Menerusi ilmu itulah yang buat kita jadi makin semangat nak perbaiki diri sebab dia umpama makanan tambahan spiritual.
“Kalau boleh, usahlah kita mencaci dan memaki antara satu sama lain yang akan mengeruhkan lagi keadaan. Islam pun tak ajar kita untuk berkasar sesama manusia. Lebih baik mendoakan yang baik-baik dan beri nasihat yang mendorong mereka untuk kembali terbuka hati untuk bertudung,”katanya. -CARI
Sumber: Utusan
|
|