CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24854|Reply: 109

Gambar Tuhan menurut kepercayaan..

 Close [Copy link]
Post time 1-2-2011 08:58 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by tora bora at 1-2-2011 09:00

Tuhan Kristian :


Ciri-ciri :

- Macam orang eropah.
- Handsome.
- Dilahirkan oleh seorang ibu berbangsa manusia.
- Ada tarikh lahir, jantina dan bangsa.
- Macam manusia.
- Gambar ini banyak terdapat dirumah-rumah ibadat mereka dan rumah penganutnya..
- Kadang kala gambar ini di jumpai juga di negara-negara berbangsa kulit hitam, tetapi gambar tuhan ini diubah warnya menjadi agak hitam sikit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2011 08:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by tora bora at 1-2-2011 09:01

Post Last Edit by tora bora at 1-2-2011 09:00

Tuhan Kristian :


Ciri-ciri :

- Macam orang eropah.
- Handsome.
- Dilahirkan oleh seorang ibu berbangsa manusia.
- Ada tarikh lahir, jantina dan bangsa.
- Macam manusia.
- Gambar ini banyak terdapat dirumah-rumah ibadat mereka dan rumah penganutnya..
- Kadang kala gambar ini di jumpai juga di negara-negara berbangsa kulit hitam, tetapi gambar tuhan ini diubah warnya menjadi agak hitam sikit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2011 09:08 AM | Show all posts


Ciri-cir :

- Macam orang India.
- Agak hitam sikit.
- bangsanya sudah tentu India.
- Ada tarikh lahir juga.
- Macam manusia juga.
- Gambar ini banyak terdapat di kuil-kuil mereka.
- Kalau pergi eropah, tuhan ini sukar sikit sebab mukanya tidak mewakili muka orang eropah atau muka orang dari bangsa lain..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2011 09:11 AM | Show all posts
Gambar Tuhan Orang Islam :

- Tiada saya jumpai di semua masjid mereka.
- Kata mereka, tuhan mereka hanya dapat dilihat semasa di akhirat nanti.
- Bangsa ? mereka ketawa... bagaimana Tuhan ada bangsa ? " Bangsa" itu sendiri ciptaannya dan Tuhan tidak tertakluk pada sebarang ciptaannya.
- Tarikh lahir ? Mereka kata, waktu juga ciptaan Tuhan.. bagai mana boleh Tuhan terkongkong oleh batasannya waktu..

mmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 10:55 AM | Show all posts
pic ni banyak sekali terdapat dalam rumah popoku....(nenek)

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 06:49 PM | Show all posts
Orang Palestine nampak macam berbangsa Eropah tak?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2011 06:59 PM | Show all posts
Gambar Tuhan Orang Islam :

- Tiada saya jumpai di semua masjid mereka.
- Kata mereka, tuhan mereka hanya dapat dilihat semasa di akhirat nanti.
- Bangsa ? mereka ketawa... bagaimana Tuhan ada bangsa ? " Bangsa" itu sendiri ciptaannya dan Tuhan tidak tertakluk pada sebarang ciptaannya.
- Tarikh lahir ? Mereka kata, waktu juga ciptaan Tuhan.. bagai mana boleh Tuhan terkongkong oleh batasannya waktu..


Cara pendakwahan yang menghina intelektual orang bukan Islam. Orang Islam sahajalah yang tahu tentang Zat Maha Kuasa Yang tidak tercapai oleh akal manusia. Sikap riak, ujub, dan takbur merupakan salah satu syirik yang tak disedari. Wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 08:17 PM | Show all posts
Ciri-cir :

- Macam orang India.
- Agak hitam sikit.
- bangsanya sudah tentu India.
- Ada t ...
tora bora Post at 1-2-2011 09:08


Itu nampaknya macam Kaliamman. Awak main google sahaja kah imej berhala Hindu? Pendakwah2 Islam seperti awak semua ni tahu ke nama-nama dewa-dewi orang bukan Islam seperti orang Hindu serta falsafah kepercayaan mereka selain daripada nabi Isa yang disembah oleh penyembah berhala (Kristian)? Bukan apa, sekali awak offend orang walaupun awak mungkin akan kata kebenaran akhirnya akan ditegakkan boleh menyebabkan orang menjauhi awak dan menaruh dendam kepada awak? Awak ada belajar manhaj dakwah tak dalam pengajian dakwah dan usuluddin? Nabi Muhammad juga pernah berkata bahawa jangan lah mencerca sembahan-sembahan orang lain walaupun awak tak beriman dengan perkara tersebut (as if orang2 non-Muslim tak tahu pula awak percaya kepada apa dan tak percaya kepada apa), kerana mereka yang jahil atau yang amarah juga akan menghina Allah. Pada saat itu, bukankah awak juga menanggung dosanya? Selain dari dosa awak menjauhkan orang itu dari Allah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2011 08:34 PM | Show all posts
Kalau dah TUHAN tu sendiri Berbangsa MANUSIA bermakna tiada kelebihan apa2 ......TUHAN apa mcmtu kalau dah sama....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 08:47 PM | Show all posts
Kalau dah TUHAN tu sendiri Berbangsa MANUSIA bermakna tiada kelebihan apa2 ......TUHAN apa mcmtu kal ...
adorable10 Post at 2-2-2011 20:34


Klu TUHAN sendiri berkenan menjadi manusia...so apa masalahnya...


Klu aku pusing hujah ko tu....TUHAN sendiri berfirman bhasa manusia...lebih tepat bahasa arab..bermakna tiada kelebihan...tuhan apa mcmtu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 08:51 PM | Show all posts
wak ada belajar manhaj dakwah tak dalam pengajian dakwah dan usuluddin? Nabi Muhammad juga pernah berkata bahawa jangan lah mencerca sembahan-sembahan orang lain walaupun awak tak beriman
sky_ephemeris Post at 2-2-2011 20:17


Mrk dtg sini...fefeling nk jd pdakwah...nk bg cahaya kpd yg gelap...tetapi diri sendiri sudah Isle pon x larat nk ekot perintah Quran...msh ada hati nk ajak kita...

Ntah2 dorg baca ke ayat Quran yg sebut jgn menghina sembahan org lain..nnti org itu akan balas balik....atau ayat Quran yg seru bbincang ngan cara yg baik...?

Ntah2 majoriti yg dtg sini mcm burung belatuk...baca Quran tp x phm apa isi
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 09:05 PM | Show all posts
Reply 11# cmf_shalom

Begitu lah abang Shalom. Bagi Sky, Sky bersetuju dengan kata-kata ini: "kebenaran tu bukan untuk diperhujjahkan atau diperdebatkan, sebaliknya dialami sendiri." Sebenarnya ini quote dari seorang ahli pemikir Hindu yang terkenal juga dalam falsafah Advaita Vedanta iaitu Adi Shankaracarya. Kata-kata beliau ada benarnya walaupun beliau seorang yang tak Islam atau tak Nasrani. Kalau perkara yang dicakapkan tu ada benarnya maka tak salah kita bersetuju secara peribadinya Sky beranggapan begitu lah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 09:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by sky_ephemeris at 2-2-2011 21:21

Sky rasa pendakwah2 kita kekurangan perkara yang agak penting jugak seperti hikmah dan akhlak seperti yang disimpulkan oleh Imam al-Ghazali apabila berdakwah. Bak kata pepatah seperti menarik rambut di dalam tepung. Rambut tak putus, tepung pun tak berserakan. Boleh aje nak berdakwah, Sky bukan nak berkira sangat pun dengan umat Islam tapi Sky memang tak tahan dengan fitnah-fitnah, caci maki, dan tuduhan tak ada usul periksa kepada majoriti ummat Nasrani. Tengok kepada bagaimana mereka tuduhkan kita sebagai agent US dan Eropah pun cukup menunjukkan kejahilan mereka terhadap perkembangan ajaran Masihi atau ajaran Christ.

Ironinya bang Shalom, kita dah mula kembali ke zaman Jesus balik apabila orang Pharisees (Yahudi) mencerca Jesus dengan pelbagai tanggapan dari pemikiran buruk dan hati yang kotor walaupun Jesus mengajarkan pembersihan hati dari "keberhalaan" termasuklah keberhalaan yang menganggap diri kita sendiri setaraf dengan Allah apabila kita takbur (membesarkan diri dan menyombong diri di atas ketauhidan kita), riak (menunjuk-nunjuk kepada ummat lain kerana ungkapan akidah kita itu katanya nampak jelas ketauhidan), dan ujub (kagum dengan diri sendiri atas apa yang kita anggap kelebihan kita).

Satu lagi, Sky tak menganuti ajaran Masihi kerana Sky kagum dekat orang Eropah atau nak jadi orang putih. Kami mungkin berubah mazhab sahaja sebab sejarah lampau tetapi kami memang orang Nasrani melampaui zaman orang Eropah mendapat ajaran Masihi dari Saint Thomas the Apostle of Jesus Christ kami diajarkan ajaran Masihi.

Selak-selak sedikit perkembangan gereja bukan aja di Barat tapi juga di timur macam di Persia, India dan China pada awal-awal abad Masihi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 09:24 PM | Show all posts
Ntah2 majoriti yg dtg sini mcm burung belatuk...baca Quran tp x phm apa isi


Hahaha, ape lah dorang ni. Sky yang kafir pun belajar bahasa Arab, dah boleh bercakap bahasa Arab Lebanon dah pun kawan Sky orang Nasrani Lebanon ajarkan, baca dan tulis pun dah reti tapi nanti nak pegang Quran ada orang Islam atau orang Melayu pernah cakap Sky kena ambil wuduk jugak
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 09:32 PM | Show all posts
Reply 13# sky_ephemeris

Ironinya...mereka yg dtg ke sini  kbanyakan hanya suka menimbuklan provokasi, bukannya berbincang. Lagi malang kalau jenis yg tidak memahami agama sendiri...pengetahuan agama Islam hanya setakat SPM sahaja. kalau mereka membaca sejarah n teologi agama sendiri, aku fikir mereka tidak akan berani menimbulkan provokasi yang melampau.

Ada yang jenis suka copy n paste tanpa memikirkan apakah implikasi2 terhadap diri sendiri. Contohnya, ada yang suka copy n paste pendapat Erhman untuk dijadikan bukti bahawa Bible dah korup. Tetapi mereka aware ke, dikalangan sarjana org Islam sendiri, ada yang kritis terhadap Quran? Apa rasanya bila mereka membaca tulisan Dr. Mahmoud sarjana dari Mesir yang berkata, " Therefore, all the texts which the Prophet brought, including the Qur’an, are purely historical texts, and as such, cannot be considered absolutely authentic or accurate." Mereka meminta agar umat Kristian meletakkan kata2 pendapat Erhman bertaraf pendapat dari TUHAN, tetapi bagaimana mereka berinteraksi dengarn sarjana islam sendiri yang radikal dan lari drpd pandangan orthodox Islam?

Dikalangan sarjana Islam sendiri, makin ramai yang mmisahkan diri daripada pandangan yang lazim bagi org Islam. Makin ramai yang cuba menafsir semula sejarah Quran. Aku heran, adakah org Islam yg datang ke sini, yang suka menimbulkan provokasi terhadap agama org, ambil maklum akan situasi ini?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 09:35 PM | Show all posts
Hahaha, pastinya nanti mereka akan mengatakan prof Mahmoud seorang agent Yahudi yang berkonspirasi dengan Amerika Syarikat beragama Nasrani untuk menghancurkan akidah umat Islam. Mereka cuba menghancurkan akidah ummat Nasrani dengan menyerang formula-formula teologi dari ijtihad dan ijtimak ulamak (para bishop) kita konspirasi siapa pula?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2011 09:39 PM | Show all posts
Ehrman orang yang tak percaya Qada dan Qadar Allah (bukan Jesus ya, Allah Yang Maha Esa tak diperanakkan) tu diambil jadi sumber beritahu kekorupan Bible (OT and NT)? Orang Islam kat sini ada masalah jugak ke sampai menyalahkan Tuhan atas ketidakadilan yang terjadi pada diri sendiri di dunia? Atau menyalahkan Tuhan sebab anak-anak perempuan mereka masuk dalam semak bawah pokok getah berasmara dengan jantan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 09:59 PM | Show all posts
Reply 16# sky_ephemeris

Baru-baru ini aku ada membaca serba sedikit tentang Abdallah Al-Quseime (meninggal pada 1996), sarjana Islam dari Mesir, yang pada akhir hayatnya menjadi seorang  ilhad dan akhirnya mati dalam keadaan radda.

Tragedi apostasy Al-Quseime ini menjadi perdebatan hangat dkalangan sarjana Islam diluar negara. Ada yang berkata...ni angkara setan yang berjaya menghasut bisikan halus...ada juga yg berkata...ni akibatnya bila baca terlalu banyak buku-buku falsafah yahudi n  nasrani...mereka heran...bagaimana seorang sarjana Islam yang terkenal di Mesir akhirnya memilih untuk murtad?

Aku yakin, kalau geng2 yg suka menimbulkan provokasi terhadap agama Kristian dalam C&C ini membaca lebih lanjut kisah Al-Quseime ni, maunya ada yang terus semput...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 11:12 PM | Show all posts
Dunia ni berputar dan tak statik aje. Camtu lah, kalau kita selalu kutuk sesuatu benda kemungkinannya Allah akan putarbalikkan hati kita kepada benda yang pernah kita caci-caci dahulunya. Kemungkinannya al-Qasemi itu juga dulu-dulu merupakan pencaci tegar orang Atheists atau penganut ajaran lain yang bukan Islam

Sama halnya dengan Saint Paul. Beliau pun awal-awalnya bukan main menentang ajaran Jesus Christ. Tapi apa jadi kepadanya selepas itu? Begitu juga dengan Umar al-Khattab? Apa jadi kepadanya selepas membaca surah Ta-Ha dari lembaran catatan kitab suci adiknya bernama Fatima tu?

Perbincangan theism dan atheism serta perdebatan hal ini bukan terjadi dalam masyarakat kita dan masyarakat Islam je abang Shalom. Masyarakat Hindu dan Buddha pun ada perbincangan sebegini dalam aliran-aliran falsafah seperti doktrin of godlessness.

Sky percaya, lay men yang feeling2 pendakwah Islam ini tak dibenarkan atau tak membenarkan diri mereka mendekati sebarang falsafah dikhuatiri akal tidak mudah menerima perkara-perkara berat tapi apabila mereka menyentuh hal-hal teologi kenasranian mereka sebenarnya dah masuk dalam lapangan falsafah Masihi. Oleh itu, mereka hanya mempersoalkan kenapa ajaran Nasrani atau Christianity itu begitu dan begini. Tapi tak boleh pula persoal itu dan ini dalam akidah Islamiah. Kenapa tak boleh bayangkan rupa Tuhan? Kenapa bila pandang orang alim tiba-tiba kita berasa dalam hati ingin turut sama beribadat kepada Allah?

Jadi dalam segala hal, kita sentiasa bersederhana dan tidak begitu radikal dalam pemerhatian dan melabelkan orang. Wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2011 11:47 PM | Show all posts
Adakah ini satu penghinaan jika kita cuma ingin mengenali jenis-jenis Tuhan di dunia ini ? Bukankah kita disuruh berfikir dan mencari kebenaran ?

Ingatkah kamu dengan cerita Nabi Ibrahim dengan Raja Namrud ?

Semasa ketiadaan Raja Nmarud dan pengikutnya, Nabi Ibrahim telah mengambil kapak dan menghancurkan berhala yang dianggap Tuhan pada masa itu oleh kaum Namrud.
Hanya satu sahaja berhala yang tidak dipecahkan oleh Nabi Ibrahim, maka diletakknya kapak pada berhala itu.

Raja Namrud sangat marah, bila didapatinya Tuhan-tuhannya telah dihancurkan, dan ia mengsyaki ini sudah tentu kerja Nabi Ibrahim, lalu dipanggilnya Nabi Ibrahim.

Nabi Ibrahim berkata, oleh kerana kapak itu berada pada berhala yang besar itu, cubalah tanya kepadanya..

Raja Namrud marah dan berkata " mana mungkin patung ini mampu melakukannya... "

lantas disambut oleh Ibrahim.. ".. kamu pun tahu, patung ini tidak mampu melakukan apa-apa, jadi mengapa kamu menyembahnya ?'..."

Raja Namrud terdiam... tapi oleh kerana keegoan dan sombong.. maka ia menangkap Ibrahim dan dibakarnya hidup-hidup..

Renungkanlah... saya tak menghina kepercayaan kamu, tetapi jika ciri-ciri tuhan kamu yang saya nyatakan tidak benar, betulkan lah apa yang aku tulis..

Tetapi jika benar.. maka seharusnya kamu berbangga sebab ciri-ciri ketuhanan pada tuhan kamu itu...

Kalau kamu rasa terhina, kerana kebenaran ciri-ciri tuhan kamu itu.. ertinya, kamu secara sedar atau tidak telah mengakui 'kehinaan' kepercayaan kamu... fikirlah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.597001 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list