View: 8556|Reply: 127
|
Lelaki Taubat Tak Nak Bercuti Ke Cameron Highlands, Kos Makan Mahal Sangat "Tomyam, Telur, Kangkung RM85"
[Copy link]
|
|
Sseorang lelaki dedah pengalaman bercuti di Cameron Highlands apabila dia terpaksa berbelanja tinggi hanya untuk menampung kos penginapan dan makan.
Katanya, percutian tiga hari dua malam yang dirancang terpaksa disingkatkan kepada dua hari kerana perbelanjaan yang terlampau mahal perlu ditanggung olehnya sebagai ketua keluarga.
Dakwanya kos makanan di sana dikatakan melampaui batas dan jauh berbeza daripada kebiasaan.
Gambar Hiasan: KL Tour
Hidangan nasi putih, kangkung goreng belacan, telur dadar dan tomyam campur menelan kos RM85 untuk tiga orang.
Ia disifatkan terlampau mahal dan berbeza dengan di kawasan kediamannya yang mana dia boleh memesan seekor ikan siakap dengan kos setinggi itu.
Berkongsi di media sosial, lelaki terbabit sama sekali kecewa akan sikap segelintir peniaga di Cameron Highlands yang didakwa sengaja mengaut untung lebih daripada pelancong.
"Aku taubat tak akan jejak dah ke Cameron Highlands.
"Jumaat Sabtu aku ke sana sini, dah habis sebanyak RM1,470, aku tak beli apa-apa pun yang lain cuma makan dan penginapan," katanya.
Menggesa agar masyarakat mahupun golongan peniaga di Cameron Highlands untuk tidak mengambil kesempatan, lelaki itu berharap agar isu terbabit segera diperbaiki supaya orang ramai boleh bercuti dengan kadar yang lebih jimat. -CARI
Sumber: Majoriti
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak sampai hati nak kecam. Tak pelah dek, banyak lagi tempat murah marhein friendly boleh holiday. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak suruh peniaga kurangkan harga tak akan ikut punya.... sbb selagi ada orang yang mampu beli maka, pasaran tersebut jelas bukan untuk orang yang rasa harga itu mahal.
Carilah tempat lain untuk bercuti atau jangan makan, atau bawa bekal.. atau carilah kedai murah sedikit
|
|
|
|
|
|
|
|
boikot je.pergi holiday kat siam ..baru ada akai puak2 cekik darah ni menggelupor turunkan harga |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada sebarang urusan penting lebih baik jangan bercuti. Yang keja, teruskan keja dan jangan kuar bercuti tanpa sebarang urusan.. |
|
|
|
|
|
|
|
"Jumaat Sabtu aku ke sana sini, dah habis sebanyak RM1,470, aku tak beli apa-apa pun yang lain cuma makan dan penginapan," katanya.
Actually kan, baca balik artikel, dia cakap dia habis seribu lebih tu cuma homestay dgn makan je...pelik juga, even if weekend rates dia cakap kat video dia kena bayar RM280/night, kalau dua malam baru je RM560, so makan je dia spent RM910???
Apa yg kau temberang ni jang?
|
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali bawa bekal kahkkah.. tghari potluck, mlm br mkn kt kuar, cari hotel yg included breakfast tgh mlm standby maggi kehkeh.. masa skrg kena berjimat walaupun pergi bercuti.hurmmm |
|
|
|
|
|
|
|
eleh taubat2 ...sekali cuti skola bulan doblas pegi lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tunggu cuti sekolah bulan doblas, weekend panjang deepavali silap2 bercuti lagi kalau puak2 tak reti duduk rumah ni.
Lepas tu merempan duit habis, belanja banyak bla bla bla.
|
|
|
|
|
|
|
|
Macik is kenot
Dengan golongan pergi bercuti bawak ngam2 duit
Tambah lokasi percutian tu dah sedia maklum
Mahal, terpencil, tinggi atau jauh
Hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Baru gi CH on weekdays, last week
Aman sentosa, tak la sunyi, ada je org tp tak jam, senang parking
3 hari 2 mlm, xtau abis berapa sebab laki bayar semua |
|
|
|
|
|
|
|
bapak mahal makan 3 orang 85 hinggit. dah lah jemmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Mkn fast food dhekkk.. Fast food!
P la holiday memana pn, di jamin xmeroyan.
Unless ko merentan utk konten semata².
Org p holiday ni sbb mmg ada duit to spare.
Dh tau nk kna bbelanja.
Ko sekolah dakk?? |
|
|
|
|
|
|
|
Cuti dlm negara mahal nak mamps...elok la ramai2 kluar pi cuti kat siam n indon |
|
|
|
|
|
|
|
boleh je bawak periuk nasi letrik tu, masak nasi sendiri, beli sayur2 rebus semua jadi tomyam .. settle .. hahahha .. itu kalau nak berjimat la
sedangkan makan kat kedai pun memang senang2 rm20-rm30 sorg apa ntah lagi kat CH. |
|
|
|
|
|
|
|
bang nama pun CH, diaorg time ramai org la nak cekik darah.. cer pergi time takde org haa helok je murah |
|
|
|
|
|
|
|
nama pun tempat percutian, mmg std la..lagi2 kalau hujung minggu, cuti sekolah, harga memang naik punya.. strobery tu hari biasa rm10 je sepeket. hujung minggu, cuti sekolah dia naik rm15 sepeket. |
|
|
|
|
|
|
|
standard la ko pi pulau naik bukit.. kena kira kos bahan mentah diangkut kesana..
kalau nak murah masak sendiri bawak periuk etc. |
|
|
|
|
|
|
|
dh nama pun CH...mcm PD la...ko pegi mkn dkt tepi2 jln besar dgn pantai tu kompom la ada yg kena cekik...ko masuk la dlm kg2 tu ada warung2 situ kompom murah...tp dkt CH ni celah mana pun mmg mahal ler...lain kali amik aprtmt blh masak tu..sayur murah2 pegi la beli masak sndr..setakat tomyam tu...bukan susah sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan 'LANGKAWI' dh mengelupur aritu bila warga tempatan beralih arah...bercuti ke negara jiran...Peniaga & pengusaha x berlajar apa2 ke??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|