View: 1945|Reply: 5
|
Nadhir Nasar Wujud Rasa Cinta Hanya Dalam Lakonan
[Copy link]
|
|
Pelakon Nadhir Nasar menjelaskan hubungan rapat dengan aktres, Qasrina Karim hanyalah sebatas urusan kerja disebabkan tuntutan watak Jamie dan Sameera yang dibawakan mereka dalam drama My Famous Ex-Boyfriend sebagai pasangan bercinta.
"Sebagai pelakon wajar untuk saya mewujudkan 'rasa itu' (cinta) dalam diri buat seketika untuk melakonkan watak dibawa sebaik mungkin. Ia penting untuk lakonan itu nampak menjadi seperti diinginkan pengarah.
"Dalam soal hubungan, saya selesa berbaik dengan semua orang di set penggambaran termasuk Qasrina yang menjadi heroin dalam drama itu. Jadi, untuk cinta lokasi yang didakwa netizen rasanya tidak ada kerana saya hanya mahu dikenali sebagai pelakon hebat.
"Saya juga tidak sesekali membawa perasaan cinta dalam set sehingga ke luar kerana tidak selesa. Tapi, kalau ada pelakon lain yang suka cinta lokasi, itu pilihan mereka, tetapi tidak untuk saya," katanya yang hadir pada pelancaran drama My Famous Ex-Boyfriend, baru-baru ini.
Menurut Nadhir, dia juga kurang gemar berkongsi kisah peribadi kerana menyifatkan lebih baik menyimpan sendiri daripada dicanang untuk pengetahuan ramai, sekali gus menjadi perhatian.
"Selain perkembangan karier, saya sedar mungkin ada segelintir peminat yang suka nak tahu kisah peribadi artis kesukanan mereka. Namun, untuk saya memang memilih simpan sendiri saja.
"Bagi saya, setiap orang daripada kita semua pasti ada kisah sendiri yang lebih baik disimpan rapi sebagai rahsia. Lagi pula, tidak semua perkara dalam hidup kita perlu dikongsi terutama di media sosial," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
kesian dak klon MF kena ditch yachhh |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam cuba juga tengok drama ni, tapi minta maaf lah, saya terganggu dengan 2 orang yg berlakon dalam drama ni, Nadhir Nasar dan seorang lagi yg jadi PA kepada Hael Husaini. Tak ada ke pelakon yg kacak sikit? |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 25-10-2023 10:50 AM
kesian dak klon MF kena ditch yachhh
heiii sheols dah berpunya la
Qas tu comel, dan pandai create chemistry dengan co-star sheols |
|
|
|
|
|
|
|
nak tengok drama ni tapi rengsa pulak tengok oppa (derogatory) dalam drama tu |
|
|
|
|
|
|
|
Nadhir di mana2 drama. Dah pemes |
|
|
|
|
|
|
| |
|