View: 2724|Reply: 17
|
[Tempatan]
Menggunakan Miso Paste, Sos Sukiya Dimasak Bersama Bahan Steamboat Dan Mi Segera!
[Copy link]
|
|
DEMAM K-Pop menyebabkan makanan dari Korea Selatan seperti kimchi, bibimbap dan jajangmyeon menjadi fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia.
Tidak dilupakan, makanan dari negara Jepun seperti sushi, tempura, ramen dan sashimi turut mempunyai peminatnya yang tersendiri di negara ini.
Di aplikasi TikTok, seorang pemuda dikenali sebagai Zainul Rusydi turut meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi resipi mudah untuk menghasilkan sos ala Sukiya.
Menurut Zainul, sos daripada restoran Jepun popular itu boleh dibuat sendiri di rumah mengikut olahan citarasa masing-masing dan ia sesuai disajikan bersama hidangan steamboat.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Bawang putih
2. Daun ketumbar
3. Daun bawang
4. Cili padi
5. Roasted sesame sauce
6. Miso paste
7. Chilli oil
Cara penyediaan sos:
1. Mula-mula, anda memerlukan bawang putih yang dicincang, daun ketumbar, daun bawang, cili padi dan roasted sesame sauce.
2. Masukkan juga miso paste ke dalam adunan bahan tadi. Anda boleh dapatkan miso paste yang halal di kedai-kedai Jepun.
3. Selepas itu, masukkan chilli oil. Sebenarnya chilli oil juga boleh dibuat sendiri. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu tuang minyak panas ke atas chilli flake.
Bagai tak lengkap sos ini jika tiada bahan-bahan untuk dicicah.
Untuk mendapatkan feeling ala-ala menjamu selera di restoran Jepun, anda boleh membeli mana-mana set steamboat yang dijual di kedai atau pasaraya.
Biasanya set steamboat itu turut dijual bersama perencah supnya.
Masak perencah sup itu bersama aneka bahan steamboat dan mi segera.
Anda juga boleh mencelup hirisan daging ke dalam sup itu sebelum dicicah bersama sos.
Bagi mendapatkan rasa yang lebih kick dan padu, anda juga boleh menambah perahan limau nipis dan daun ketumbar ke dalam sup steamboat.
Untuk mendapatkan lebih banyak perkongsian resipi dan tutorial masakan, anda boleh mengikuti akaun Zainul Rusydi di aplikasi TikTok.
|
|
|
|
|
|
|
|
berita semasa apa pula ni? JDT kalah dgn Ulsan hyundai ada lah |
|
|
|
|
|
|
|
nmpk shedap wlpun iols xpenah g mkn sukiya |
|
|
|
|
|
|
|
da pernah buat sendiri,mmg menjadi,sedap je,jimat duit masa dan tenaga dari beratur panjang |
|
|
|
|
|
|
|
best gi sukiya zaman sebelum pkp dulu.
lepas pkp cawangan biasa iolz pergi dah tutup.
start fames ke sukiya ni...?
huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Roasted sesame sauce ni yg sedap brand Kewpie tuu..secukup rasa. Aii biasa buat salad + ayam @ kambing @ beef grill potong nipis2 gaul dgn mix salah letak kejap dlm peti bagi sejuk mmg kenyang makan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
aku lebih suka sos tahini, sebab biasa makan hot pot kat China dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi gambar sukiya atas ni bukan sukiya steamboat syabu2 |
|
|
|
|
|
|
|
Sukiya xde halal jakim kan? elok je korang mencekik.kalo chinese food ....hrmmm |
|
|
|
|
|
|
|
i pernah nmpk pompuan bertudung ramai2 mkn kat sukiya ni, rasenye halal la kot |
|
|
|
|
|
|
| |
|