CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1049|Reply: 0

[Kedah] JKKP pastikan lif, eskalator selamat digunakan

[Copy link]
Post time 24-10-2023 03:45 PM | Show all posts |Read mode

Taklimat dilakukan bagi memastikan keselamatan penggunaan lif dan eskalator terjamin.



SUNGAI PETANI - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) gigih memastikan setiap jentera termasuk lif dan ekskalator diperiksa dalam tempoh ditetapkan sekali gus mengurangkan risiko kemalangan.

Pengarah JKKP Kedah, Idris Abdul Rahman berkata, pada masa sama, kesemua lif dan eskalator yang turut dikenali sebagai mesin angkat itu yang aktif beroperasi perlu berdaftar dan diperiksa setiap 15 bulan bagi memperbaharui sijil kelayakan.

Menurutnya, pihak pengurusan kompleks dan bangunan serta syarikat penyelenggaraan lif berdaftar juga perlu memainkan peranan dalam memastikan keselamatan pengguna terjamin.

    "Pemunya lif perlu memastikan kemudahan itu diselenggara oleh syarikat penyelenggara yang diiktiraf JKKP.

"Syarikat penyelenggara lif pula perlu menyelenggara setiap bulan, pemeriksaan oleh orang kompeten bagi setiap tiga bulan dan pemeriksaan bersama JKKP setiap 15 bulan adalah keperluan yang telah ditentukan oleh undang-undang Malaysia," katanya.


Pelajar diberi pendedahan berhubung aspek keselamatan penggunaan lif dan ekskalator.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Kempen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2023 di Central Square dekat sini pada Khamis.

Jelasnya, pengguna perlu memastikan lif dan eskalator digunakan secara berhemah, tidak melakukan vandalisme dan melaporkan kepada pengurusan bangunan jika mengesyaki ia tidak berfungsi dengan baik.




Beliau berkata, di Kedah sahaja terdapat 249 unit eskalator dan 1,063 lif yang aktif digunakan sehingga September 2023.

Kempen yang dijalankan bermula 10 pagi itu turut melibatkan 70 pelajar sekolah sekitar daerah Kuala Muda bertujuan menyalurkan maklumat berhubung penggunaan yang betul di samping peranan pihak terlibat bagi memastikan kemudahan itu berada dalam keadaan selamat selain mengelakkan risiko kemalangan.

https://www.sinarharian.com.my/a ... r-selamat-digunakan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.076727 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list