CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1150|Reply: 1

[Perak] Pesara wanita rugi lebih RM100,000 ditipu ‘phone scam’

[Copy link]
Post time 24-10-2023 12:30 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

IPOH – Seorang pesara wanita berputih mata apabila kerugian RM127,560 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan ‘phone scam’ yang menyamar sebagai pekerja syarikat penghantar barang dan pegawai polis, September lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, penipuan bermula selepas mangsa berusia 61 tahun dari Kampung Sungai Tapah Tambahan itu dihubungi seorang individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pekerja syarikat penghantar barang.

Katanya, individu berkenaan memberitahu yang mangsa mempunyai satu bungkusan bermasalah.

“Suspek kemudiannya menyambung panggilan telefon itu ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan bercakap dengan dua individu yang mendakwa pegawai polis berpangkat inspektor dan seorang sarjan.

“Mangsa telah diperdaya oleh kedua-dua suspek sehingga dia mengemukakan gambar muka hadapan kad bank miliknya dan diberikan kepada suspek,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, wanita itu hanya menyedari tentang penipuan itu setelah anak perempuannya memeriksa telefon bimbit mangsa.

Katanya, sepanjang penipuan berlaku, mangsa telah membuat tiga transaksi ke tiga akaun bank milik individu berlainan dengan jumlah keseluruhan RM127,560 antara 9 hingga 10 Oktober lalu.

“Mangsa telah membuat laporan polis semalam dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... -ditipu-phone-scam/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 05:19 PM | Show all posts
dunia semakin bahaya bila sindiket gini berleluasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.069505 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list