CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1081|Reply: 1

[Perak] Duda didakwa bunuh anak teman wanita

[Copy link]
Post time 24-10-2023 12:27 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Haziq didakwa di Mahkamah Majistret Parit Buntar atas tuduhan membunuh kanak-kanak lelaki dua tahun. FOTO Ihsan Pembaca

Parit Buntar: Buruh kontrak didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh anak lelaki teman wanitanya berusia dua tahun di Bagan Serai, dekat sini, dua minggu lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada daripada tertuduh Muhammad Haziq Mustapa, 26 selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi, berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga seorang duda didakwa melakukan kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Ayyash Aulian Muhammad Faizul.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Serai Permai, Bagan Serai antara 11 hingga 13 Oktober.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor M Saravanan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 30 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia dan hasil bedah siasat.

Terdahulu, media melaporkan suami isteri dan anak lelakinya berusia 26 tahun ditahan polis berhubung kes kematian seorang kanak-kanak lelaki mempunyai kesan lebam dan luka melecur di badannya.

Penahanan itu susulan laporan dibuat Klinik Kesihatan (KK) Bagan Seri berhubung seorang kanak-kanak dihantar pasangan berusia 62 dan 57 tahun itu.

Hasil bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati kematian berpunca daripada pendarahan teruk di kepala akibat kesan hentakan benda tumpul dan luka melecur seluruh badan akibat benda panas.

Selain itu, terdapat kecederaan pada lubang dubur mangsa.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-anak-teman-wanita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 05:19 PM | Show all posts
manusia takde otak mungkin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.064584 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list