CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1047|Reply: 0

[Kedah] ‘Jika bah lagi, lantai rumah ini akan runtuh’

[Copy link]
Post time 24-10-2023 10:51 AM | Show all posts |Read mode

RAFEAH menunjukkan tebing sungai yang runtuh hanya sejengkal dari belakang rumahnya di Kampung Lubuk Tualang, Sik semalam.

SIK – Lebih 100 buah rumah dari 11 buah kampung di Mukim Sik, Sok dan Teloi dilanda banjir kilat akibat hujan berterusan lebih dua jam bermula pukul 4 petang kelmarin.

Kejadian banjir di beberapa buah kampung disifatkan sebagai paling buruk dalam tempoh 60 tahun apabila air Sungai Chepir melimpah deras masuk ke dalam rumah penduduk.

Penduduk Kampung Lubuk Tualang, Rafeah Yaakob, 67, berkata, kejadian banjir berlaku hampir setiap tahun, namun bencana kali ini adalah yang terburuk dalam tempoh 60 tahun.

“Setiap tahun jika air sungai naik, biasanya hanya paras lutut tetapi kali ini mencecah paras satu meter. Banyak barang dan perkakas rumah tidak sempat diselamatkan kerana air naik terlalu cepat membuatkan saya dan ahli keluarga jadi kelam kabut.

“Kami sempat me­ngangkat peti sejuk dan beberapa barang sahaja, yang lainnya telah ditenggelami air,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ujar ibu tunggal empat anak itu, rumah pusaka yang didiami sejak usia tujuh tahun itu juga dalam keadaan bahaya apabila tebing sungai di belakang rumah runtuh dan terlalu dekat dari kediaman.

“Jika berlaku banjir lagi, kemungkinan besar tebing su­ngai dan lantai rumah ini akan runtuh,” katanya.

Manan Ramli, 59, berkata, air mula melimpah ke rumahnya kira-kira pukul 6.30 petang sebelum dia memindahkan kereta dan motosikal ke tempat lebih tinggi.

“Saya kemudian meredah banjir bawa isteri dan tiga cucu saya yang masih kecil ke rumah jiran.

“Tidak sampai 10 minit air naik mendadak hingga paras semeter dan kami tidak dapat menyelamatkan barang elektrik dan perabot dalam rumah,” katanya.


MANAN menunjukkan kayu balak yang hanyut dibawa arus deras banjir kilat yang tersadai di tebing Sungai Chepir berhampiran rumahnya di Kampung Lubuk Tualang, Sik semalam.

Tambahnya, banjir kali ini turut menghanyutkan sebatang kayu balak ke tepi rumahnya se­perti kejadian tiga tahun lalu.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, Shamsul Izrin Isahak berkata, kampung yang terjejas di Mukim Sik ialah Kampung Banggol Kiat, Kampung Jerai, Kampung Belimbing, Kampung Seberang Pekan Sik dan Kampung Kemelong.

“Mukim Sok melibatkan Kampung Pinang dan Kampung Surau serta Kampung Charok Padang, Kampung Tanjung Besar, Kampung Charok Pelanduk dan Kampung Merbau Kudung di Mukim Teloi,” katanya. –  KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... ah-ini-akan-runtuh/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.125003 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list