CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2267|Reply: 0

[Kedah] Dua PPS di Sik ditutup sepenuhnya hari ini

[Copy link]
Post time 23-10-2023 05:13 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

SIK: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 67 mangsa daripada 14 keluarga yang terjejas akibat banjir, ditutup sepenuhnya pada jam 2 petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah, berkata semua mangsa banjir sudah pulang ke kediaman masing-masing untuk mencuci rumah mereka yang dipenuhi lumpur akibat banjir.

Bagaimanapun, katanya, pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sik masih melakukan persediaan jika cuaca kembali hujan.

"Penduduk yang tinggal di kawasan rendah berhampiran sungai dan risiko dinaiki air dinasihatkan berhati-hati dan menghubungi pasukan penyelamat jika rumah mereka dinaiki air.



"Keadaan cuaca baik hari ini dan air sungai semakin surut, namun APM Sik akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa, " katanya.

Media sebelum ini melaporkan, beberapa kampung di daerah Sik dinaiki air berikutan hujan lebat yang melanda sejak petang semalam.

Antara kampung terjejas adalah Kampung Banggol Kiat, Taman Derdap, Kampung Jerai, Kampung Belimbing, Kampung Seberang Pekan Sik dan Kampung Kemelong di Mukim Sik, manakala Kampung Pinang dan Kampung Surau dinaiki air.

Berikutan itu, dua PPS iaitu di Markas PAS Tanjung Belit dan Surau Kampung Belimbing yang dibuka pada jam 11 malam tadi ditutup sepenuhnya semalam berikutan paras air semakin surut.
https://www.bharian.com.my/berit ... sepenuhnya-hari-ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.055860 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list