CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1881|Reply: 3

[REALITI TV] FAMILI DUO [MUSIM 3] TV3 9PM SETIAP AHAD

  [Copy link]
Post time 23-10-2023 07:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 25-10-2023 02:15 PM

Solidariti Palestin, Haqiem Rusli, Ariff Bahran undang sebak, tangisan FD3

HAQIEM Rusli dan Ariff Bahran tampil dengan persembahan bertemakan isu Palestin-Israel dalam konsert minggu kedua FD3.


SHAH ALAM – Tampil membawakan lagu medley Earth Song dan We Will Not Go Down dalam program Famili Duo musim ketiga (FD3), persembahan pasangan sepupu, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran mengetengahkan konsep solidariti melaungkan semangat perjuangan menentang kekejaman Zionis terhadap rakyat Palestin.

Persembahan menyentuh hati tersebut turut membuat pengacara, Janna Nick menitiskan air mata mengenangkan nasib saudara sesama Islam yang terkorban di Gaza.

“Saya sebak mengikuti persembahan yang menyentuh hati dan menyayat perasaan,” katanya usai persembahan Haqiem dan Ariff.

Dalam persembahan minggu kedua itu, Haqiem dan Ariff menggayakan pakaian bertemakan warna bendera Palestin.

Malah, mereka turut menjayakan sketsa mengenai situasi yang berlaku di Gaza.

Lebih menyentuh perasaan apabila dua penyanyi terbabit menggunakan latar belakang video klip keadaan rakyat Palestin sehingga mengundang sebak penonton di Studio NTV7, malam ini.

Selain Haqiem dan Ariff, pertandingan nyanyian membabitkan selebriti yang mempunyai pertalian saudara itu turut disertai lima lagi pasangan.

Mereka adalah Shila dan Syahir, manakala pasangan adik beradik lain Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi serta pensohor media sosial, Ryan Bakery dan Adam Bakery.

Antara duo lain suami isteri, Fuad Rahman dan Tom serta pasangan Syaiful dan Sharif.

Program yang menyaksikan enam pasangan duo bakal bersaing selama lapan minggu itu menawarkan RM100,000 bagi juara edisi ke tiga ini.

FD3 menyaksikan pemenang mingguan dipilih bersandarkan pemarkahan juri sebanyak 70 peratus, manakala undian dalam talian melalui Tonton membabitkan 30 peratus. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... sebak-tangisan-fd3/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2023 07:04 AM | Show all posts

‘Persembahan, Nyanyian Hari Ini Semua Mummy Tak Suka’ – Mas Idayu

‘Persembahan, Nyanyian Hari Ini Semua Mummy Tak Suka’ – Mas Idayu


Juri tetap program nyanyian Famili Duo Musim Ketiga iaitu Mas Idayu seakan kurang berpuas hati dengan persembahan daripada Sharif dan Syaiful.

Saya tak suka semua


Mas Idayu atau lebih mesra dengan panggilan Mummy akui kurang gemar dengan persembahan yang disampaikan oleh duo ini.

Mendendangkan lagu Seragam Hitam dan Kwek Mambo, Mas Idayu berkata tarian dan persembahan daripada Sharif dan Syaiful tiada yang menarik berbanding pada minggu lalu.

Nyanyian dan lagu ini kena relax. Bagi saya, persembahan dan tarian awak berdua tiada yang menarik, jadi saya menilai vokal.

Untuk hari ini, saya tak suka semua. Persembahan, nyanyian semua saya tak suka. Banyak lagi benda lain yang kamu boleh buat.

Sementara itu, Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Bin Maas berkata, tiada sebarang masalah dari segi nyanyian daripada duo ini namun mereka perlu mencari kreativiti untuk membuatkan persembahan mereka lebih menarik.

Tiada cacat tapi biasa. Persembahan minggu lepas dia tinggalkan sesuatu. Cari something, kamu kreatif. Nyanyian tiada masalah.

Selain Sharif dan Syaiful, FD3 turut menampilkan lima lagi pasangan duo lain iaitu Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Shila dan Syahir, Adira Suhaimi dan Ema Suhaimi, Ryan dan Adam Bakery, serta Fuad Rahman dan Tom.

Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my.

Sumber:https://ohbulan.com/persembahan- ... tak-suka-mas-idayu/

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 05:16 PM | Show all posts
Edited by eddlisa_uyuk at 15-1-2024 04:45 PM

This couple is my friend's idol, we still have the promise to go to a music concert, hoping to soon have the opportunity to hear them sing in person.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 10:43 AM | Show all posts
Edited by eddlisa_uyuk at 29-3-2024 09:24 AM

---edit-----spamm-------

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.373208 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list