Menerusi ruangan gosip akhbar Utusan, Cik Bunga buka cerita mengenai seorang artis wanita yang kekayaannya dicurigai.
Kata Cik bunga artis tersebut masih muda dan cantik. Mungkin disebabkan kecantikannya itu maka orang senang nak bekerjasama dengan dia. Baik dari segi tawaran lakonan dan juga buat reviu produk mahupun jadi duta.
Tetapi, kekayaan yang diraihnya agak luar biasa. Dalam erti kata lain, agak mencurigakanlah. Sebelum ini pernah buat kupasan mengenai artis-artis yang bergaya hidup mewah namun sumber pendapatan mereka dicurigai ramai.
Perkara yang sama dapat dilihat pada gaya hidup artis wanita berkulit putih gebu ini. Ramai yang hairan, dia ini nak kata berlakon datang bertubi-tubi itu tidak juga. Bayaran berlakon pun rasanya tidaklah cecah ratusan ribu bukan untuk sekali ‘job’, betul tak? Bukannya artis gred A pun.
Tetapi, dari segi gaya hidup, memang mewah. Dia pula sejenis tak segan nak tayang pada orang ramai dan di media sosial apa yang dia ada. Makanya dari situ, timbul banyak pertikaian secara cakap-cakap belakang.
Nak dijadikan cerita, ada sumber beritahu Cik Bunga, pelakon wanita ini sebenarnya berada dalam senarai dan pemantauan Bank Negara. Kalau tak silap, berkaitan dengan siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).
Namun, setakat ini, Cik Bunga tak pasti adakah dia telah disoal siasat oleh pihak penguatkuasa.
Sumber: Utusan
|