CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11909|Reply: 0

[Sabah] SPRM tahan pemilik syarikat kemuka tuntutan palsu RM18,000

[Copy link]
Post time 21-10-2023 09:22 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahan pemilik syarikat selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai hampir RM18,000, malam tadi.

Tertuduh berusia lingkungan 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 malam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

Menurut sumber, suspek lelaki dipercayai membuat tuntutan palsu berkaitan set pembekalan peralatan penyelaman pada tahun 2019.

“Jumlah tuntutan kira-kira RM18,000, sedangkan tiada pembekalan dibuat kepada sebuah lembaga pemegang amanah di Sabah,”katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.405906 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list