CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4495|Reply: 0

F1: Verstappen dominan berbanding jentera Red Bull

[Copy link]
Post time 21-10-2023 05:13 PM | Show all posts |Read mode

VERSTAPPEN merangkul gelaran dunia kali ketiga berturut-turut selepas menjuarai 14 perlumbaan musim ini. - AFP

LONDON – Bekas juara dunia, Jacques Villeneuve percaya Max Verstappen merupakan kunci utama kejayaan pasukan Red Bull berbanding jentera yang disediakan selepas berjaya mengesahkan gelaran dunia pada saingan Formula Satu (F1) musim ini.

Sebagai rekod, Verstappen berjaya menjuarai 14 perlumbaan Grand Prix (GP) dalam 17 saingan musim ini sekali gus ditabalkan selaku juara keseluruhan pada saingan GP Qatar awal bulan ini.

Menurut Villeneuve, kekuatan utama dalam kombinasi Verstappen dan Red Bull adalah kehebatan pelumba itu di atas litar berbanding jentera yang dibekalkan kepadanya.

Villeneuve berkata, situasi ini disebabkan seorang lagi pelumba Red Bull, Sergio Perez gagal memberikan tentangan yang diharapkan apabila hanya menjuarai dua perlumbaan GP musim ini.

“Saya rasa tidak wajar untuk katakan Red Bull adalah punca dominasi ketika ini kerana lebih tepat kunci kekuatan mereka terletak kepada Verstappen.

“Anda boleh ingat ketika Mercedes mendominasi saingan F1 beberapa musim lepas, jentera yang dibekalkan kepada kedua-dua pelumba adalah sama sehingga menyaksikan ada dalam kalangan mereka berbalah dan bermusuhan.

“Namun, situasi berbeza dengan Red Bull ketika ini selepas Perez gagal memberikan saingan yang diharapkan dan itu membuktikan jentera pasukan tidaklah sebagus yang disangka.

“Justeru, Verstappen sememangnya layak untuk bergelar juara dunia tiga kali berturut-turut kerana prestasinya cukup luar biasa,” kata juara dunia edisi 1997 itu. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... g-jentera-red-bull/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.051367 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list